Oleh: SAARI SUNGIB | 12 Mac 2022, jika pengundi membuat keputusan salah - sama seperti apa yang berlaku dalam PRN Melaka dan Sarawak - pasti satu lagi kesulitan akan dipaksakan ke atas rakyat.
Merasakan bahawa hegemoni politiknya semakin menjadi, maka pelbagai tekanan akan digunakan bagi membolehkan diadakan PRU secepat mungkin.
Saya ingin mengingatkan rakyat Johor, kali ini dengan kemenangan tersebut, satu pakatan BN-Umno serta saki-baki parti-parti politik yang reput, karat dan toksik akan mencanangkan rakyat menolak HARAPAN dan kepimpinan Anwar Ibrahim.
Mereka akan menegaskan keputusan PRN Johor adalah bukti yang konklusif penolakan rakyat terhadap HARAPAN yang terdiri daripada KEADILAN, Amanah dan DAP.
Sejak pengkhianatan di Sheraton, secara tersusun mereka memainkan isu persoalan mandat yang lebih kuat dalam konteks menggaris bawah persoalan bilangan ahli parti mana yang lebih besar bilangan.
Ini bagi memenangkan keputusan yang mereka kehendaki dalam mengawal dan mengaut khazanah dan kekayaan negara.
Ahli-ahli politik toksik menilai persoalan demokrasi bukan daripada nilai kebaikan, kebajikan dan kebenaran. Tetapi mereka menilai sejauh mana kedudukan dan jawatan yang mereka miliki akan berpihak kepada kepentingan mereka.
Dengan itu jika mereka memenangi PRN Johor, mereka akan mendesak PRU diadakan. Dengan itu secara tuntas dimuktamadkan bahawa HARAPAN bukan hanya telah ditolak di Melaka, Sarawak dan Johor tetapi di seluruh Malaysia.
Itu pun tujuan mereka memaksa PRN ke atas rakyat Melaka dan Johor. Mereka mempertaruhkan nyawa rakyat semasa pendamik Covid-19 masih melanda. Mereka tidak mahu membaca peristiwa banjir yang berlaku di beberapa buah negeri, selain mengatakannya sebagai bencana dan perubahan iklim dunia.
Sebagaimana tidak cakna dan tidak pedulinya mereka terhadap penderitaan rakyat, begitulah tidak sensitifnya mereka terhadap kejahatan dan kebejatan mereka dalam merompak wang negara yang merupakan hak rakyat.
Sebahagian pengundi membuat keputusan dengan datang mengundi, tetapi ada yang membuat keputusan mengiakan tanggapan di atas tanpa keluar mengundi.
Untuk itu saya menyeru janganlah pengundi memberi kemenangan seperti itu kepada Umno dan konco-konconya. Keluarlah mengundi. Halang Umno daripada kembali berkuasa.
Keluarlah awal untuk menolak Umno dan calon-calon daripada politik rakus yang merosakkan negara. Mereka hanya mahu kuasa untuk menekan punca-punca kuasa agar diadakan PRU segera.
Apabila berkuasa mereka mendesak sekali lagi punca-punca kuasa yang ada untuk menekan penjawat-penjawat yang mereka pilih di parlimen, Dewan-dewan Undangan Negeri, mahkamah - dari yang setinggi-tingginya hingga ke serendah-rendahnya.
Jangan cuai memberikan kemenangan mudah kepada mereka.
Pengundi
18 tahun kalian perjuangkan hak kalian semua. Sudah lama bapa-bapa, pak
cik, mak cik, abang kakak dan semua yang kalian kasihi berkhidmat untuk
negara termasuk mempertaruhkan nyawa dan jiwa raga untuk membela
negara.
Pengundi pilihlah pemimpin yang betul |
Saranan saya, alang-alang tidak pernah beri undi Umno dalam PRU, PRN pertama ini semoga kalian tidak tergamak memberi walau satu undi pun kepada Umno.
Kalian ada alternatif yang kuat, bagus dan terbukti, iaitu HARAPAN. Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ternyata merupakan kerajaan yang berwibawa kerana ahli-ahli politik HARAPAN berkhidmat untuk demokrasi atas dasar kebenaran.
Selamat keluar mengundi.
SAARI SUNGIB merupakan wakil rakyat bagi kawasan Hulu Kelang di Selangor.
Tulisan ini merupakan pandangan penulisa dan ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Kartelmedia.
0 Comments