PRN Johor: wakil rakyat dakwa beberapa peraturan dilanggar

 


CALON Barisan Nasional (BN) DUN Yong Peng, Ling Tian Soon didakwa melanggar undang-undang pilihan raya.

Dakwaan itu dibuat seorang wakil rakyat DAP, Chong Zhemin yang berkata Tian Soon cuba meraih sokongan melalui video yang dimuat naik di media sosialnya selepas waktu berkempen bagi Pilihan raya Negeri (PRN) Johor tamat.

"Klip video tersebut dimuat naik di akaun Facebooknya pada jam 1.30 pagi tadi. Tindakan meraih sokongan pada hari pengundian adalah melanggar Akta Pilihan Raya.

“Saya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadapnya dengan segera,” katanya dipetik laporan Malaysiakini hari ini.

Dalam rakaman berdurasi 4 minit itu, isteri Ling memakai baju biru dengan perkataan "Yong Peng”. Dia berkongsi perasaan serta pengalamannya bersuamikan seorang yang sibuk dengan tugasan politik dan berkhidmat kepada pengundi.

Rakaman itu juga diiringi dengan kata-kata "Undilah dia dan berikan penghargaan terhadap kerja-kerjanya selama ini.”

Difahamkan pembantu kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi itu akan membuat laporan pegawai pengurus pilihan raya  mengenai isu itu.

Selain itu Chong juga berkata bahawa pihaknya turut akan membuat aduan kepada SPR selepas seorang penyokong BN yang memakai baju gabungan itu berkempen pada hari pengundian.
 
"Seorang penyokong BN yang memakai baju dengan perkataan 'Ah Soon' hanya 10 meter dari pusat mengundi SMK Dato' Seth. Ini melanggar Akta Pilihan Raya," katanya.

Chong juga mendakwa kenderaan berlogo BN dilihat membawa pengundi kelihatan kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di Yong Peng dan beberapa pengundi ditemui dengan slip mengundi BN dan PN, dipercayai diberikan kepada mereka di dua pusat mengundi.

Chong juga menyatakan bahawa sembilan pengundi didapati membawa slip mengundi itu di dalam pusat mengundi SK Seri Bertam dan SMK Dato' Seth.

Pihak bertanding digesa patuhi peraturan
"Di pusat mengundi yang sama, dua kenderaan dengan logo BN didapati meletakkan kenderaan kurang 10 meter dari pusat mengundi itu, di mana ia merupakan satu lagi pelanggaran akta (pilihan raya)

"Ejen kira undi (Paca) kami telah membuat laporan kepada SPR bahawa sebanyak sembilan slip mengundi yang mempunyai logo PN dan BN, dengan tanda 'X' ditemui bersama pengundi.," tegaasnya sambil menggesa BN supaya menghormati undang-undang.

Post a Comment

0 Comments