KETUA PEMBANGKANG Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek penambakan yang dirancang di luar pantai Muar di Johor bersifat lebih telus.
Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri satu program di Paloh malam tadi, Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa projek itu dilihat tidak telus apabila wakil rakyat kawasan itu sendiri tidak tahu banyak mengenai projek berkenaan.
Justeru, Anwar menggesa rundingan yang lebih baik berhubung projek itu termasuk bersama penduduk setempat.
"Pelik. Projek itu dalam kawasan pilihan raya tetapi wakil rakyat tidak tahu. Ia menunjukkan terdapat kekeliruan dan tanda-tanda kekurangan ketelusan.
"Ia jelas mencerminkan dasar kerajaan yang salah, tanpa rundingan dan tidak mengambil berat terhadap kebajikan rakyat - tidak kira sama ada mereka bersama Umno atau Bersatu," katanya seperti dilapor portal Malaysiakini.
Anwar berkata demikian merujuk kepada projek Maharani Energy Gateway, yang akan menyaksikan penciptaan tiga pulau buatan manusia untuk menempatkan minyak dan gas serta kemudahan perkapalan.
Projek itu bertujuan mewujudkan hab tenaga dan pelabuhan laut dalam yang melibatkan penciptaan tiga pulau buatan manusia yang meliputi kawasan seluas 1,295 hektar, yang akan menjadi kira-kira satu perempat daripada saiz Putrajaya.
Terdahulu penyandang Adun tempatan di kawasan itu - Nor Hayati Bachok untuk Maharani dan Ng Yak Howe untuk Bentayan - berkata mereka tidak dirujuk sebelum proses EIA dan hanya mengetahuinya baru-baru ini.
"Kami menggesa kerajaan dan pemaju untuk melibatkan kami sebagai pihak berkepentingan yang mewakili rakyat. Projek mega dalam skala ini sudah pasti mengambil masa yang lama untuk dirancang sebelum sampai ke peringkat memaparkan laporan EIA untuk tatapan umum.
"Sepanjang kami menjadi Adun sejak Mei 2018, tiada maklumat mengenai projek itu disalurkan ke pejabat kami," kata mereka dalam satu kenyataan.
Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri satu program di Paloh malam tadi, Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa projek itu dilihat tidak telus apabila wakil rakyat kawasan itu sendiri tidak tahu banyak mengenai projek berkenaan.
Justeru, Anwar menggesa rundingan yang lebih baik berhubung projek itu termasuk bersama penduduk setempat.
"Pelik. Projek itu dalam kawasan pilihan raya tetapi wakil rakyat tidak tahu. Ia menunjukkan terdapat kekeliruan dan tanda-tanda kekurangan ketelusan.
"Ia jelas mencerminkan dasar kerajaan yang salah, tanpa rundingan dan tidak mengambil berat terhadap kebajikan rakyat - tidak kira sama ada mereka bersama Umno atau Bersatu," katanya seperti dilapor portal Malaysiakini.
Anwar berkata demikian merujuk kepada projek Maharani Energy Gateway, yang akan menyaksikan penciptaan tiga pulau buatan manusia untuk menempatkan minyak dan gas serta kemudahan perkapalan.
Projek itu bertujuan mewujudkan hab tenaga dan pelabuhan laut dalam yang melibatkan penciptaan tiga pulau buatan manusia yang meliputi kawasan seluas 1,295 hektar, yang akan menjadi kira-kira satu perempat daripada saiz Putrajaya.
Wakil rakyat dakwa tak dilibatkan dalam perbincangan |