PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya segera membuka pintu sempadan negara bagi membolehkan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) balik mengundi.
Ketika mengulas keputusan kerajaan yang hanya membuka pintu sempadan negara bermula 1 April iaitu sebaik PRN Johor dilangsungkan pada 12 Mac ini, Anwar menyifatkan tindakan itu susulan Ismail tidak yakin pengundi akan memilih Barisan Nasional (BN).
“Kalau dia yakin betul (menang), apa beza (buka sempadan) dua minggu ini (awal)?, dia tidak yakin la tu.
“Sekiranya Perdana Menteri benar-benar yakin dia ada kekuatan, dia boleh buka sempadan sebelum 1 April untuk membolehkan rakyat (pengundi luar) buat pilihan.
“Tetapi oleh kerana ratusan ribu (pengundi luar) itu, dia yakin tidak akan mengundi BN, maka beliau sekat dan maknanya dia tidak yakin,” katanya selepas mengadakan Ceramah Kelompok di Pekan Bukit Gambir, di Tangkak pada petang Rabu.
Media sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri menganggarkan lebih 200,000 rakyat negeri Johor yang menetap di Singapura layak mengundi secara pos dalam PRN Johor.
Buka segera sempadan jika yakin BN menang |
Beberapa pemimpin sebelum ini menyelar tindakan mengadakan PRN itu dengan mendakwa Umno-BN mensasarkan peratusan undi rendah seperti di Melaka yang pastinya akan memberi kelebihan kepada mereka.
0 Comments