PRESIDEN parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa ketidakstabilan politik dan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini berpunca daripada Umno.
Ketika perbahasan di Dewan Rakyat Hari ini, Ahli Parlimen Muar itu mendakwa Umno rakus mendesak beberapa pilihan raya negeri (PRN) diadakan susulan kekalahan mereka pada pilihan raya umum ke-14 lepas.
“Kalau kita lihat sudah dua tahun lebih Umno berkuasa, parti terbesar (itu) membentuk kerajaan tetapi dalam masa tersebut, ada empat negeri yang dibubarkan (Dewan Undangan Negeri)… bila kita nak bekerja? Bila kita nak berkhidmat? Tengok dewan hari ini, kosong.. kenapa? Sebab semua di Johor berkempen.
“Sebab itu kestabilan sangat penting dan hipokrasinya parti yang kata punca kestabilan adalah punca ketidakstabilan.
“Realiti di Malaysia sekarang ini, pelabur lari kerana setiap hari ada perbincangan bubar DUN, bubar Parlimen,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Titah Diraja.
Susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) ekoran 'langkah Sheraton', negara menyaksikan empat Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan iaitu di Sabah, Sarawak, Melaka dan terbaharu di Johor.
Kecuali di Sarawak, PRN diadakan dikaitkan dengan perebutan kuasa.
“Satu persatu (PRN).. Mula-mula Sabah lepas itu Sarawak, Sarawak kita faham memang berasingan… lepas itu Melaka, ini Johor… ni orang kata lepas ni di Perak dan Kedah.. macam mana kita nak fokus bantu rakyat. PRN tak habis-habis.
Ahli poliik perlu fokus buat kerja untuk rakyat |
Sehubungan itu beliau mencadangkan agar setiap parti daripada blok pembangkang dan kerajaan mewujudkan kestabilan politik bagi memberi laluan kepada setiap wakil rakyat berkhidmat hingga akhir penggal.
0 Comments