UMNO pentingkan diri kerana adakan PRN Johor - Anwar


PRESIDEN
parti KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu sombong dan mementingkan diri sendiri.

Ia susulan tindakan ghairah mereka untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tanpa memikirkan bahawa kos yang dibelanjakan untuk PRN itu sepatutnya boleh dibelanjakan untuk pembangunan rakyat.

“Kos PRN Johor ini bagilah pada orang susah yang menganggur, subsidi minyak... tapi mereka ini tak pakai otak... ini masalahnya sombong sangat.

“Pengundi di Tenggaroh dan Endau ini masanya untuk ajar mereka supaya jangan sombong sangat,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelumnya berucap di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di bandar Mersing pada Khamis.

Turut hadir, calon KEADILAN bagi DUN Tenggaroh, Zulinah A. Johari dan juga calon HARAPAN, Mohamad Fakrulradzi Mahmud yang akan bertanding merebut kerusi DUN Endau.

Sebelum ini keputusan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad
 mengusulkan pembubaran DUN bagi mengadakan pilihan raya semula dikritik banyak pihak terutama tindakan itu dilakukan ketika rakyat masih berusaha pulih daripada kemelut berdepan bencana banjir dan pandemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad memberi alasan kononnya, PRN itu dapat mewujudkan sebuah kerajaan stabil yang akhirnya akan membawa kepada pembangunan negeri.

Blok pembangkang di Johor berpendirian pelaksanaan PRN di negeri itu adalah tindakan yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri.

Malah sebelum DUN dibubarkan, Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sepakat menawarkan komitmen kestabilan kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Hasni sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sementara itu Anwar dalam ucapannya juga berkata, tindakan terburu-buru Hasni mengusulkan pembubaran DUN itu kerana UMNO merasa terlalu yakin boleh menang seperti yang berlaku pada PRN melaka sebelumnya.

UMNO jangan anggap rakyat bodoh
“Endau dan Tenggaroh kubu kuat BN... betul... tapi itu semua dulu.

“Dia (UMNO-BN) fikir dia menang pada PRN Melaka, mereka ingat boleh menang besar di Johor...

“Sekarang kita bertanding dan usaha untuk bagi pencerahan kepada rakyat kerana mereka tidak bodoh," tegas Anwar sambil mengingatkan bahawa Hasni sepatutnya menjalankan projek yang mengutamakan rakyat berbanding memperkuat kedudukan politik UMNO di negeri itu.

Post a Comment

0 Comments