AHLI PARLIMEN Damansara, Tony Pua mengemukakan usul meminta bekas Perdana Menteri Najib Razak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Ia setelah Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan dari BN itu didakwa cuba mengelirukan dewan dengan ucapannya mengenai 1MDB pada Rabu.
Menurut Pua, beberapa dakwaan Najib dalam ucapannya yang menyentuh isu pelaburan oleh 1MDB itu boleh dilihat sebagai penghinaan kepada Ahli Parlimen.
“Secara spesifiknya, tidak ada satu sen prinsipal hutang 1MDB pernah dibayar oleh kerajaan. Ini adalah palsu kerana kerajaan telah membayar RM8.8 billion prinsipal dan faedah semasa beliau menjadi Menteri Kewangan,” katanya.
Pua turut menyenaraikan tiga isu lain yang dirasakannya Najib telah mengelirukan Dewan Rakyat semalam, termasuk dakwaannya bahawa 1MDB membantu kerajaan menjimatkan RM50 bilion apabila ia mengambil alih penyelesaian “perjanjian berat sebelah” dengan pengeluar tenaga bebas (IPP).
“Ini adalah palsu kerana IMDB telah mengambil alih IPP dengan harga terlalu tinggi yang menyebabkan kerugian berbilion-bilion ringgit. 1MDB rugi 50 billion, bukan untung 50 billion,” katanya.
Pua juga menyatakan bagaimana Najib memberitahu penjimatan RM50 bilion ini adalah salah satu sebab rizab tunai Petronas meningkat daripada RM30 bilion kepada RM176 bilion pada 2018.
“Rizab petronas langsung tidak berkaitan dengan sebarang IPP, sama ada ia diambil alih oleh 1MDB ataupun tidak diambil alih, rizab petronas adalah wang petronas sendiri,” katanya.
Beliau juga berkata, ia tidak benar bahawa Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion seperti didakwa Najib semalam, dan jumlah terbabit adalah nilai pembangunan kasar dan nilai tanah itu adalah RM9 hingga 12 bilion.
Menurutnya, sebagai bekas Menteri Kewangan, Najib sepatutnya tahu apa itu fakta, tetapi sengaja mengelirukan Dewan Rakyat.
Difahamkan usul itu telah dihantar ke ke pejabat Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun, namun jawapan sama ada usul itu akan diluluskan masih belum diketahui.
Ia setelah Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan dari BN itu didakwa cuba mengelirukan dewan dengan ucapannya mengenai 1MDB pada Rabu.
Menurut Pua, beberapa dakwaan Najib dalam ucapannya yang menyentuh isu pelaburan oleh 1MDB itu boleh dilihat sebagai penghinaan kepada Ahli Parlimen.
“Secara spesifiknya, tidak ada satu sen prinsipal hutang 1MDB pernah dibayar oleh kerajaan. Ini adalah palsu kerana kerajaan telah membayar RM8.8 billion prinsipal dan faedah semasa beliau menjadi Menteri Kewangan,” katanya.
Pua telah hantar usul ke pejabat Speaker Dewan |

0 Comments