Tindakan SPRM serah siasatan suami Zeti kepada polis 'membingungkan'


SEORANG wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) mempersoalkan pihak yang memberi arahan dan mengehadkan skop tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada hanya mendapatkan semula dana dalam kes dikaitkan dengan suami bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

Wong Cheng yang merupakan Ahli Parlimen Subang suruhanjaya itu ditubuhkan untuk menyiasat rasuah dan bukan tugas lain.

Beliau turut membangkitkan persoalan susulan laporan yang menyatakan polis memulakan siasatan terhadap dana berkaitan 1MDB yang didakwa dipindahkan ke sebuah akaun bank milik Suami Zeti, Tawfiq Ayman di Singapura pada Mac tahun lalu dengan menegaskan bahawa siasatan itu sepatutnya diketuai SPRM dan bukan polis.

“Siapa yang mempunyai kuasa ke atas apa yang dilakukan oleh SPRM? SPRM ditubuhkan untuk menyiasat rasuah, bukan mendapatkan semula wang, jadi sepatutnya SPRM mengetuai siasatan rasuah, bukan polis,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam kenyataan berkata  bahawa agensi itu tidak menyiasat Tawfiq Ayman, yang syarikatnya di Singapura dikatakan menerima dana berkaitan 1MDB daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Azam memberitahu pemberita pada Selasa lalu bahawa tugas SPRM adalah untuk mendapatkan semula dana 1MDB dari Singapura dan siasatan terhadap Tawfiq dilakukan oleh polis.

Sementara itu, Transparency International Malaysia (TI-M) mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyerahkan siasatan dakwaan rasuah itu kepada pihak polis.

Presidennya Muhammad Mohan berkata, sebagai agensi penguat kuasa undang-undang bebas yang ditugaskan untuk menyiasat rasuah dan salah guna kuasa, SPRM harus melaksanakan kuasanya untuk menyiasat kes berkaitan skandal 1MDB.|

SPRM sepatutnya ketuai proses siasatan
“Ia agak membingungkan, mengapa SPRM tidak menyiasat perkara itu. Kita tidak mahu ia menimbulkan persoalan mengenai kebebasan agensi terbabit dan membawa kepada penurunan keyakinan pelabur serta meningkatkan persepsi rasuah.

“Isu ini mungkin menghalang harapan kita untuk mempunyai masa depan lebih cerah dan pemulihan ekonomi yang lebih cepat daripada pandemik Covid-19,” katanya.

Post a Comment

0 Comments