DUA setiausaha sulit bekas Perdana Menteri, Najib Razak terlibat dalam memudahkan penerbitan bon ketiga bernilai AS$3 bilion untuk 1MDB.
Perkara itu didedahkan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner dalam keterangannya di Mahkamah Amerika Syarikat (A.S) pada 24 Feb lalu.
Leissner menjelaskan bon ketiga itu bergantung kepada sokongan - khususnya dalam bentuk surat sokongan - daripada kerajaan Malaysia untuk mengumpul AS$3 bilion dan bukannya jaminan daripada International Petroleum Investment Companya (Ipic) seperti dua bon yang pertama.
Bond pertama dinamakan sebagia Projek Magnolia, bon kedua dirujuk sebagai Projek Maximus manakala bon ketiga digelar sebagai Projek Catalyze.
Dipetik laporan Malaysiakini, disebabkan keperluan untuk mendapat surat sokongan itu, Leissner berkata dia mengadakan beberapa pertemuan dengan bukan sahaja Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan tetapi juga dengan setiausaha sulit utama Najib, Allahyarham Azlin Alias dan seorang lagi setiausaha sulitnya Amhari Efendi Nazaruddin.
Ketika ditanya Pendakwa Drew Rolle apakah tujuan Leisnner bertemu dengan mereka, dia menjawab ia berkenaan projek Catalyze.
"Untuk melakukan semua kerja yang diperlukan untuk bon Project Catalyze. Kali ini, sekali lagi, kerana ia bukan dengan Ipic, kami terpaksa melakukan kerja untuk mendaftar surat sokongan dengan Kementerian Kewangan, Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan meminta mereka meluluskan surat itu, untuk mengusahakan surat itu dan meluluskan surat itu dalam versi terakhirnya untuk ditandatangani perdana menteri Najib. Dan kemudian mereka juga perlu mengusahakan panggilan penilaian untuk penerbitan ini. Azlin secara peribadi mengkritik gesaan Standard & Poors dan Moody's mengenai transaksi ini," katanya dipetik transkrip perbicaraan itu.
Leissner dalam pendedahan itu juga menyatakan bahawa dia sebenarnya telah bertemu dengan Najib di pejabatnya di Putrajaya pada satu ketika agar Projek Catalyze memperoleh surat sokongan yang ditandatangani oleh Najib.
Dalam keterangannya pada hari yang sama, Leissner juga berkata Low telah memberitahunya bahawa dia dan Ng tidak akan menerima sebarang sogokan daripada Project Catalyze, tidak seperti dua projek pertama.
Low menurutnya berkata ini kerana dana yang dikumpul oleh Project Catalyze akan digunakan untuk pilihan raya umum 2013, katanya.
Bagaimanapun, dia menyatakan bahawa dia tidak tahu ke mana wang itu berakhir atau sama ada ia diterima Najib secara peribadi.
Leisnner dakwa bertemu Najib di Putrajaya |
Dia kemudian berkata, mereka telah menghubungi Jho Low untuk melihat sama ada dia boleh membantu menjual beberapa bon tersebut kepada institusi di Malaysia, khususnya institusi berkaitan kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).
0 Comments