PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan tegas menggesa naratif 'kafir-mengkafir' antara pemimpin politik segera dihentikan.
Presiden KEADILAN itu berkata, parti politik sepatutnya memberi tumpuan kepada isu dasar dan tidak menyerang menggunakan isu kafir berkenaan, yang hanya akan menimbulkan kacau bilau yang mungkin tidak dapat dikawal.
“Pandangan kita jelas, hentikan naratif (kafir) yang merosakkan.
"Saya tidak setuju andaian kalau menyinggung kafir oleh pimpinan PAS dan saya tidak setuju cara Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengkafirkan yang lain.
"Ini bukan tradisi budaya Islam dan tidak boleh dipertahankan," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Sanawi Ke-51 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam di Kajang semalam.
Pada Jumaat, bekas perdana menteri, Dr Mahathir melebel PAS kini adalah parti kafir.
Katanya, Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dakwanya pernah mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam, kini ‘merelakan PAS dikafirkan’ untuk bekerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN) demi memperoleh kedudukan.
Sebagai rekod, Abdul Hadi Awang pada April 1981 melalui Amanatnya dikatakan mengkafirkan Umno sehingga menyaksikan orang Melayu ketika itu berpecah-belah.
Mahathir mendakwa Abdul Hadi tidak menarik balik dakwaan yang dibuatnya suatu ketika dulu.
Sementara itu, Anwar mempersoalkan mengapa tiada teguran daripada pihak berkuasa agama dalam isu kafir-mengkafir yang dimainkan pemimpin tertentu.
Anwar gesa pemimpin fokus isu rakyat |
"Pendirian saya dan arahan kita kepada KEADILAN dan HARAPAN, jangan layan, bahkan harus bantah sikap sama ada tidak jelas kafir-mengkafir atau pun memberikan pandangan ke arah itu," katanya.
0 Comments