TINDAK tanduk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sewenang-wenangnya melabelkan orang lain tidak beriman akan diadukan ke pengetahuan Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sikap ditonjolkan Abdul Hadi itu langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang ulama dan disifatkan melampau.
"Kami rasa akan buat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang semua kenyataan dia (Abdul Hadi) yang merendahkan orang lain, mengatakan orang lain tak beriman.
"Adakah itu akhlak ulama? Saya pun tak faham.
"Jadi kita akan buat aduan tentang apa-apa yang dia cakap, pada bila-bila masa dan mungkin boleh menghantarnya melalui email pada malam ini (Jumaat)," katanya selepas merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah (Awan) di Seremban semalam.
Salahuddin sementara itu sempat menyindir Abdul Hadi dengan berkata hanya Ahli Parlimen Marang itu tahu berkenaan agama Islam daripada orang lain.
Oleh kerana itu tambahnya, Abdul Hadi dengan mudah menuduh orang lain sebagai tidak beriman.
"Dia ulama besar. Dia tahu Islam lebih dari kita semua. Sepatutnya kalau tuduh itu perlu ada bukti.
"Itu akhlak dan cara Islam sebenar. Dia pun tahu kalau nak tuduh orang perlu ada bukti," kata bekas menteri itu.
Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi berkata, ramai dalam kalangan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang tidak beriman dan tidak bermoral yang mana secara terbuka mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.
Jangan sewenangnya lempar tuduhan tanpa bukti |
Golongan itu dakwanya mengejar kekayaan dengan mengamalkan rasuah yang seterusnya menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman.
0 Comments