K'jaan perlu akui kegagalan, pulihkan tasik Chini - AMK Pahang


KERAJAAN Pahang pimpinan Umno digesa mengakui kegagalan mereka untuk melindungi status Tasik Chini.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pahang, Chan Chun Kuang berkata walaupun isu pencemaran di Tasik kebanggaan warga Pahang itu sering dibangkitkan sebelum ini, namun ia dinafikan pihak berkuasa negeri.

Namun apabila Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) mendedahkan kemungkinan penarikan status terbabit dari senarai Rizab Biosfera Dunia, kegagalan itu tegasnya wajar diakui.

"Kalau ikutkan isu pencemaran di Tasik Chini banyak kali disuarakan oleh penduduk-penduduk tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Alam Sekitar, pemberita termasuk juga dengan ahli politik daripada pembangkang namun ia dinafikan Kerajaan Pahang sehingga

"Lawatan kami ke Tasik Chini mendapati tempat tersebut bukan sahaja tidak lagi kaya dengan pelbagai flora dan fauna serta tiada bunga teratai mahupun seorang pelancong pun situ," katanya dalam satu kenyataan.

Chun Kuang sementara itu berkata, pihaknya berpandangan kegagalan melindungi tasik itu bermula dengan pembinaan empangan air di kawasan tersebut yang menyebabkan pengaliran air tersekat. Ia diburukkan lagi dengan aktiviti perlombongan haram dan pembukaan hutan sekitar yang memberi impak yang teruk terhadap Tasik Chini.

Walaupun kini Kerajaan Pahang jelasnya sudah menyiapkan satu laporan terkini untuk dikemukakan kepada UNESCO bagi mempertahankan status terbabit, namun Kerajaan Pahang menurutnya perlu mengakui bahawa Tasik Chini perlu masa yang lama untuk kembali kepada rupa asal.

Isu Tasik Chini sudah sering dibangkitkan


"Usaha pemulihan Tasik Chini memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun mengikut Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Ia juga bukan sekadar hanya melepaskan benih ikan ke Tasik Chini atau pokok semula, tetapi ia ini perlukan komitmen sepenuhnya daripada Kerajaan Pusat dan Negeri.


"Kedua-dua pihak ini (Kerajaan Pusat dan negeri) bukan hanya perlu bertungkus-lumus dalam mengekal atau mempertahankan status UNESCO Tasik Chini, tetapi mesti menjadikan Tasik Chini, salah satu pilihan utama pelancong tempatan dan luar negara serta memastikan kelangsungan hidup orang asal di kawasan sekitar Tasik Chini," tambah beliau lagi.

Post a Comment

0 Comments