KETUA PEMBANGKANG, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatatkan kadar kehadiran terbaik ke Dewan Rakyat, kata badan pemerhati yang menggelar diri mereka sebagai MyMP.
Dipetik laporan Malaysiakini, Anwar yang merupakan calon tunggal perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang mencatatkan kadar kehadiran melebihi 92 peratus.
"Bagi kehadiran terbaik? Anwar (Ibrahim) memiliki kadar kehadiran 92.86 peratus, sementara bekas perdana menteri Najib Razak 50 peratus.
"Namun, kami fikir (kehadiran) Najib akan menurun nanti," menurut MyMP melalui inisiatif dijalankan mereka yang mengambil kira kehadiran pada tahun lalu dan setakat tahun ini.
Berbanding Ahli Parlimen Port Dickson itu yang dinamakan sebagai yang terbaik, MyMP turut menamakan bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yassin sebagai wakil rakyat yang mencatatkan kehadiran sidang Dewan Rakyat yang terendah.
"Paling bawah (dalam senarai) adalah bekas perdana menteri kita, Muhyiddin Yassin," kata MyMP.
Malaysiakini dalam laporannya turut berkata bahawa pihak mereka cuba mengesahkan dapatan MyMP dengan merangkumkan kehadiran Dewan Rakyat menggunakan Thevesh, program percuma untuk pengguna Github, dan melakukan pengesahan lanjut secara bebas.
Berdasarkan senarai oleh Malaysiakini, 10 Ahli Parlimen yang mencatatkan kehadiran terendah adalah Mahiaddin; Hamzah Zainuddin (PN-Larut); Reezal Merican Naina Merican (Umno-Kepala Batas); Michael Teo Yu Keng (PH-Miri).Anwar dilapor catat kehadiran 92.86 peratus
Turut tersenarai adalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang (Marang); Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal (Samporna); Mohammaddin Ketapi (Lahad Datu); Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob (Bera), Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein (Umno-Sembrong) dan Adham Baba (Umno-Tenggara).
0 Comments