DUA kumpulan media mengetengahkan kegagalan kerajaan dalam melindungi sepenuhnya wartawan penyiasat, susulan tindakan perundangan diambil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki terhadap seorang wartawan.
Ia selepas wartawan itu, Lalitha Kunaratnam mengaitkan Azam dengan isu pemilikan saham meragukan.
Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menyatakan rasa sangat gusar dengan tindakan itu dan menegaskan bahawa sebagai kuasa keempat bagi demokrasi, media dan wartawan mempunyai tanggungjawab penting bagi memastikan pemerintah, termasuklah pegawai kerajaan, agar bertanggungjawab atas tindakan mereka.
Lebih-lebih lagi apabila Lalitha, wartawan penyiasat, telah menyediakan laporan berasaskan fakta yang turut menyoal persoalan penting untuk orang awam, kata mereka.
“Kerajaan bukan sahaja gagal menangani dakwaan rasuah, tetapi mereka juga gagal menyediakan perlindungan terhadap wartawan penyiasat yang turut memainkan peranan sebagai pemberi maklumat,” katanya dalam kenyataan bersama.
“Tindakan Azam menimbulkan persoalan terhadap peranan SPRM, dan juga pihak pemerintah dalam usaha mereka memerangi rasuah di Malaysia.
“Sepatutnya, tindakan yang wajar diambil oleh SPRM dan pemerintah adalah menjalankan siasatan terhadap dakwaan dalam laporan tersebut dan bukannya menyiasat pelapor!” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu tegas mereka, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, juga perlu dikaji ruang lingkupnya berhubung perlindungan dan pengukuhan.
Pihak pemerintah pula harus mengangkat hak kebebasan bersuara dan melindunginya sepanjang masa untuk warga Malaysia, terutamanya buat media, dengan memansuhkan undang-undang yang menekan dan menghadkan kebebasan, termasuklah undang-undang fitnah yang sangat kabur;
" Segera mewujudkan Majlis Media Malaysia sebagai badan tadbir kendiri yang bebas dan telus untuk industri media dan mengelakkan pihak pemerintah dan agensinya menjadi satu-satunya rujukan kebenaran," tambah mereka.
Tuntutan lain disuarakan mereka adalah supaya Azam menarik semula surat tuntutan dan berhenti melakukan gangguan terhadap wartawan.
Mereka turut mahu siasatan dilakukan terhadap dakwaan yang dikaitkan dengan Azam bagi mendukung integriti SPRM dan pemerintah.
Kumpulan media kritik Azam dan k'jaan |
Bagaimanapun enam anggota LPPR menegaskan pandangan dibuat Abu Zahar bersifat peribadi dan tidak mewakili mereka.
0 Comments