SELAIN Mohammad Azmin Ali yang kalah di kubu kuatnya di Gombak, seorang lagi Ahli Parlimen yang digelar 'pengkhianat' menerima nasib malang.
Zuraida Kamaruddin yang dipecat dari KEADILAN kerana bersekongkol dalam komplot 'Langkah Sheraton' terpaksa berdepan dengan kekalahan yang dianggap sangat memalukan kepada bekas timbalannya ketika menjawat jawatan Ketua Wanita Parti itu.
Dipetik laporan media, Zuraida bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi dikuasainya selama tiga pengga itu, malah hilang 50,000 undi berbanding yang diperolehinya pada pilihan raya umum lepas, ketika bertanding atas tiket Pakatan Harapan (HARAPAN) juga hilang wang pertaruhan.
Zuraida, yang kemudian dipecat dari PKR kerana terlibat dengan percaturan politik Langkah Sheraton, bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia.
Pencabarnya, Rodziah Ismail menang dengan bergaya apabila mendapat 56,754 undi dalam saingan sembilan penjuru itu malah meninggalkan Zuraida dengan kelebihan 52,164.
Zuraida yang bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) mendapat kurang lima peratus undi dari keseluruhan 104,430 undi, dia turut terperosok ke tangga ke-4 saingan.
Pencabar terdekat Rodziah adalah Shasha Lyna dari Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 27,073 undi dan Ivone Low Yi Wen dari Barisan Nasional yang mendapat 11,509.
Rodziah sebaik diumumkan sebagai pemenang meluahkan rasa bersyukur atas kepercayaan diberikan oleh rakyat kepadanya.
Jelasnya, kemenangan itu suntikan semangat untuk dirinya bekerja lebih keras.
“Kemenangan ini bukan sahaja menambah kerusi kemenangan kepada HARAPAN tetapi dalam masa sama buatkan saya lebih bekerja dan bertanggungjawab. Saya harap dapat laksanakan tugas dengan baik.
Zuraida hilang sokongan, kerusi dan deposit |
Kemenangan itu juga katanya adalah mesej jelas dari rakyat supaya wakil rakyat memikul amanah dengan baik dan tidak mengkhianatinya.
“Ini pilihan rakyat dan akan jadi sejarah kepada yang lain. Kalau kita diberi amanah perlu laksanakan sebaik mungkin,” katanya.
0 Comments