SITUASI Parlimen tergantung akibat tiadanya mana-mana blok politik mendapat majoriti mencukupi bagi membentuk kerajaan telah memburukkan dan menjejaskan ekonomi, kata ketua sebuah badan pemikir.
Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran berkata, keputusan pilihan raya yang berlangsung pada Sabtu telah mencetus kebimbangan dalam kalangan pasaran.
"Kita boleh menjangkakan pergolakan di mana ringgit dan pasaran saham paling terjejas,” katanya.
Beliau turut menyatakan kebimbangan kerana disebabkan tiada parti yang mempunyai majoriti, kerajaan baharu akan terdiri daripada parti politik yang mahu menjatuhkan satu sama lain.
Ketika negara jelasnya memerlukan dasar pentadbiran yang diperlukan, beliau menjangkakan ia tidak berlaku.
Sebaliknya beliau percaya negara akan melihat lebih banyak keputusan populis, kurang konsisten dalam pelaksanaan dasar dan pusingan U.
“Semua pakar ekonomi bersetuju 2023 akan menjadi tahun sukar dan ini bermakna kerajaan perlu bersedia membuat keputusan sukar demi kepentingan ekonomi, walaupun ia tidak popular,” katanya dipetik FMT.
Yeah Kim Leng daripada Fakulti Perniagaan Universiti Sunway berkata, Parlimen tergantung “tidak ideal” dan bersetuju dasar populis dijangka berterusan.
“Selain ketidaktentuan dasar, terdapat juga kebimbangan perbelanjaan awam ditangguhkan sehingga kerajaan baharu ditubuhkan.
“Pelabur mahu sesuatu yang jelas, jadi jangkakan keputusan besar mengenai pelaburan di Malaysia akan ditangguhkan sehingga semuanya selesai,” katanya menurut laporan sama.
Beliau juga menegaskan bahawa walaupun mana-mana gabungan secara amnya mesra pasaran. Cabaran utama kerajaan baharu adalah mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil.
"Tanpa pembaharuan fiskal, kita akan melihat hutang negara bertambah.” tambahnya.
Setakat Jun lalu, hutang Malaysia dilaporkan mencecah RM1.3 trilion.
Banyak pihak termasuk golongan pemimpin politik senior, ahli akademik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu baru-baru ini meletakkan harapan agar Anwar dilantik sebagai perdana menteri.Bolehkah pentadbiran baharu pacu semula ekonomi
Harapan itu susulan keyakinan mereka bahawa imej dan situasi rumit ekonomi negara dapat dipulihkan berdasarkan pengalaman dan intergriti yang ada pada Anwar.
0 Comments