DUA pemimpin kontroversi, Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tidak dijemput ke Konvensyen Reformis yang dijadualkan berlangsung esok.
Perkara itu disahkan penganjur yang juga Setiausaha Otai Reformis 98, Abdul Razak Ismail seperti dilapor BH Online.
Walaupun tiada ulasan lanjut mengapa kedua-dua pemimpin utama KEADILAN itu tidak dijemput menghadiri konvensyen yang akan dilangsungkan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di Shah Alam itu, namun ia dipercayai ada kaitan dengan apa yang disebut sebagai 'penentangan' oleh kedua-dua pemimpin itu terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdahulu, Azmin dan Zuraida yang dirujuk sebagai 'kartel' oleh sesetengah ahli KEADILAN membuat pendirian yang dilihat membelakangkan konsensus Pakatan Harapan (HARAPAN) yang disepakati sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Ia membabitkan isu pertukaran Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh penggal PRU-14.
Selain terkenal dengan tindakan ingkar menghadiri mesyuarat parti, Menteri Ekonomi itu juga sebelum ini didakwa bersekongkol dengan pihak lawan untuk mendirikan sebuah kerajaan 'pintu belakang'.
Malah Azmin turut didakwa sesetengah pihak sebagai cuba merebut jawatan tersebut.
Tidak hanya terlibat isu dalaman, beberapa tindakan Azmin turut dilihat menjejaskan HARAPAN.
Tidak hanya terlibat isu dalaman, beberapa tindakan Azmin turut dilihat menjejaskan HARAPAN.
Ia antaranya apabila mengadakan satu perjumpaan 'misteri' bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasminya di Presint 10, Putrajaya baru-baru ini.
Dalam tindakan-tindakan tidak terjangka itu, seorang pemimpin sayap pemuda parti, Ahmad Syukri Razab mendakwa tindak tanduk Azmin kebelakangan ini sebagai satu tindakan untuk mencabar supaya dirinya dipecat dari KEADILAN.
BACA: Bekas pemimpin pelajar dedah helah Azmin
Apa-apa keputusan menyingkirkan bekas Menteri Besar Selangor itu dari parti tegasnya boleh digunakan sebagai umpan untuk mengangkat Azmin sebagai 'hero' yang teraiaya.
0 Comments