Singapura hukum gantung rakyat malaysia


SEORANG
rakyat Malaysia, menjalani hukuman gantung di Penjara Changi hari ini selepas disabitkan atas kesalahan mengedar dadah pada 2017.

Pelaksanaan hukuman terhadap Abd Helmi Ab Halim, 32, itu  disahkan oleh Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran.

Memetik laporan Bernama, Abd Helmi ditahan pada 9 April 2015 kerana mengedar 16.56 gram diamorphine, Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 24 Mac 2017.

Julai lalu, petisyen pengampunan Abd Helmi ditolak.

Malaysia melalui Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong pada awal minggu ini menggesa republik itu menunjukkan belas kasihan kepada Abd Helmi.

Tegasnya,  adalah satu ketidakadilan dan tidak setimpal bagi keldai dadah menanggung nasib hukuman mati.

Dalam usaha mengekang mengekang aktiviti pengedaran dadah, ‘kingpins’ dadah serta pengedar sebenar yang berselindung dalam urus niaga pengedaran dadah tambahnya merupakan pihak yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan

“Keadilan mesti dibalas dengan belas kasihan dan saya memohon agar Singapura melakukan sedemikian,” tambahnya.

Sementara itu Peguam kepada Abd Helmi, Mohamed Muzammil Mohamed berkata, Abd Helmi meminta beliau membawa pulang mayatnya sebaik sahaja hukuman dilaksanakan.

“Ada rancangan untuk membawa pulang jenazahnya ke kampungnya di Johor. Tetapi, seperti yang saya katakan, tiada ahli keluarganya yang menghubungi saya,” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments