IMAN, badak sumbu Sumatera terakhir milik Malaysia akhirnya mati kira-kira jam 5.35 petang semalam.
Berita menyedihkan itu disahkan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew dalam satu kenyataan medianya.
"Meskipun mengetahui (kematian) ini akan terjadi dengan cepat atau lambat, kita amat sedih dengan berita pemergiannya," katanya.
Terdahulu, keadaan iman menjadi perhatian ramai, badak sumbu betina itu dilapor berada dalam keadaan sangat kritikan susulan kanser dihadapinya.
Sementara itu, Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan Iman.
Ia termasuklah menyediakan jagaan terbaik di Borneo Rhino Sanctuary, Lahad Datu sepanjang tempoh penjagaannya.
BACA: M'sia bakal kehilangan Iman, badak sumber terakhir negara
Untuk rekod, Iman adalah merupakan satu-satunya spesis badak sumbu Sumatera yang masih hidup di Malaysia selepas pasangannya yang dikenali sebagai Tam mati pada 27 Mei lalu, akibat uzur dan kegagalan organ dalaman.
Sementara itu, Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, pihaknya sudah menjangkakan kematian Iman memandangkan kanser yang semakin merebak sejak kebelakangan ini.
"Ia dikesan menderita kerana kesakitan apabila kanser tersebut merebak ke bahagian pundi kencingnya.
"Pihak vertinari telah mencadangkan semalam supaya menggunakan morfin untuk mengurangkan kesakitannya apabila ubat penahan sakit dilihat tidak berkesan lagi," katanya lagi.