SEEKOR kucing yang hilang sejak lima tahun lalu, akhirnya berjaya disatukan semula dengan pemiliknya setelah ditemui 1,200 batu (1,931 kilometer) jauhnya.
Memetik laporan Agensi berita antarabangsa, kucing hitam yang dinamakan sebagai Sasha itu sebelum ini telah ditemui dan diletakkan di sebuah pusat perlindungan haiwan.
Sasha dipercayai menyusuri seluruh Amerika Syarikat (AS) ke Santa Fe, di New Mexico.
Kerana mikrochip yang dipasang pada Sasha, dia bertuah kerana pemilik asalnya Viktor Usov dapat dikesan, mereka disatukan kembali serelah Sasha diterbangkan kembali ke Portland.
Menurut Usov, dia telah melaporkan kehilangan kucing tersebut tetapi telah berputus asa untuk menemuinya semula.
Tidak diketahui bagaimana Sasha melakukan perjalanan dari Portland di barat laut AS ke New Mexico, tetapi Usov gembira melihat haiwan peliharaannya selamat.
"Saya tidak percaya. Kami jangkakan yang paling buruk tetapi apabila kami menerima panggilan, kami sangat bersyukur Sasha masih hidup dan dalam keadaan baik," katanya dipetik.
Memetik laporan Agensi berita antarabangsa, kucing hitam yang dinamakan sebagai Sasha itu sebelum ini telah ditemui dan diletakkan di sebuah pusat perlindungan haiwan.
Sasha dipercayai menyusuri seluruh Amerika Syarikat (AS) ke Santa Fe, di New Mexico.
Kerana mikrochip yang dipasang pada Sasha, dia bertuah kerana pemilik asalnya Viktor Usov dapat dikesan, mereka disatukan kembali serelah Sasha diterbangkan kembali ke Portland.
Menurut Usov, dia telah melaporkan kehilangan kucing tersebut tetapi telah berputus asa untuk menemuinya semula.
![]() |
Sasha dan Usov ditemukan semula |