PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) akan menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan keabsahan kerajaan sementara negeri Melaka
Kata Pengerusi HARAPAN Melaka Adly Zahari, HARAPAN Melaka tidak bersetuju untuk Ketua Menteri yang digulingkan,Sulaiman Md Ali mengetuai kerajaan sementara selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar.
Menurutnya, keputusan untuk Sulaiman terus mengetuai kerajaan sementara itu sukar diterima kerana ADUN Lendu itu telah hilang kepercayaan sebahagian besar ADUN.
“HARAPAN Melaka berpandangan adalah tidak wajar untuk beliau (Sulaiman) dibenarkan menjadi ketua menteri caretaker government.
“Ini selaras dengan apa yang berlaku (precedent case) pada 2 Mac 2020, di mana tugas pentadbiran kerajaan negeri dipertanggungjawabkan kepada setiausaha kerajaan negeri sehingga ketua menteri baharu dilantik.
“HARAPAN negeri Melaka akan merujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan caretaker government sepertimana yang diumumkan oleh Speaker DUN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketika mengumumkan pembubaran DUN hari ini, Speaker DUN Melaka, Ab Rauf Yusoh yang juga pengerusi Umno Melaka berkata Sulaiman telah bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam dan meminta Ali untuk membubarkan DUN
Rauf berkata pembubaran DUN diwartakan dan kerajaan negeri akan menjadi kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya yang akan datang.
DUN Melaka terbubar pada Isnin, selepas empat ADUN - dua dari Umno, seorang dari Bersatu dan seorang bebas - mengumumkan menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri BN-PN di Melaka dan mahu membentuk kerajaan bersama HARAPAN.
Selepas pembubaran diwartakan pilihan raya perlu diadakan dalam masa 60 hari, namun terdapat cadangan untuk mengisytiharkan darurat bagi mengelakkan PRN itu diadakan, memandangkan negara masih bergelut dalam pandemik Covid-19.
![]() |
Mahu cabar keabsahan 'kerajaan sementara' |
“[...] Permohonan Sulaiman kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka untuk membubarkan DUN Melaka ke-14 mempamerkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab kerana rakyat masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19.
“ ... Malahan PRN Sarawak telah ditangguhkan atas alasan yang sama,” kata bekas Ketua Menteri era HARAPAN itu lagi.
0 Comments