Kertas Pandora: Batal Mou jika k'jaan tak penuhi tuntutan


PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) digesa bertindak keluar dari Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan jika Kerajaan Ismail Sabri Yaakob tidak memenuhi tuntutan 3 tuntutan.

Tuntutan itu dibuat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim ekoran pendedahan kegiatan menyimpan wang secara rahsia di pusat kewangan luar pesisir perti di British Virgin Islands (BVI) melalui kertas pandora baru-baru ini.

Kertas pandora merujuk kepada  fail sulit kewangan tokoh seluruh dunia termasuk orang kenamaan di negara ini yang didakwa menyimpan kekayaan mereka akaun luar pesisir.

Ada tokoh politik dan korporat serta anak dan isteri mereka didakwa menyimpan dana berkenaan di BVI serta pusat kewangan luar pesisir lain dengan nilai dianggarkan sehingga RM1.8 trilion dari 2004 hingga 2014.

Sementara itu, Hassan menegaskan bahawa Parlimen mesti membahaskan usul dibawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, mengenai pendedahan tersebut yang melibatkan wang begitu besar.

Katanya ada tokoh politik dan korporat serta anak dan isteri mereka menyimpan dana berkenaan di BVI serta pusat kewangan luar pesisir lain dengan nilai dianggarkan sehingga RM1.8 trilion dari 2004 hingga 2014.

"Kerajaan juga perlu membentuk segera suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat isu tersebut," katanya dalam kenyataan.

Batal MoU jika tak penuhi tuntutan
Tuntutan kedua ialah membentuk segera Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu Pandora Papers.

Dan yang ketiga, mengambil tindakan segera dengan menggunakan kuasa perundangan Malaysia yang ada supaya Wang dan modal milik Rakyat Malaysia yang tersimpan dalam akaun-akaun rahsia tersebut yang menyalahi undang-undang Malaysia dirampas dan dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia.

Post a Comment

0 Comments