MAJLIS PRESIDEN Pakatan Harapan (HARAPAN) menyifatkan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ali Rustam telah mendapat nasihat yang salah sehingga membenarkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika pendemik.
Melalui satu kenyataan, Majlis tersebut berkata apabila empat Adun menarik sokongan terhadap Sulaiman Md Ali pada Isnin, berdasarkan perlembagaan negeri, Sulaiman telah hilang jawatan dan kelayakan untuk menasihati Ali Rustam berdasarkan perlembagaan negeri.
"Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Dato’ Sri Utama Dr Ali Rustam, telah membubarkan DUN berdasarkan nasihat yang salah dari seorang Ketua Menteri yang telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.
"TYT sepatutnya meneliti dan mengikuti Perlembagaan Negeri Melaka, serta bertemu dengan 15 Adun iaitu pihak yang telah memperoleh majoriti sebelum membuat sebarang keputusan," kata kenyataan tersebut.
Tindakan Ali Rustam itu juga menurut mereka melanggar duluan (precedent) di mana pada 2020 nasihat Ketua Menteri ketika itu, Adly Zahari) untuk membubarkan Dun tidak diterima setelah hilang majoriti.
![]() |
Ali Rustam sepatutnya buat perbincangan dahulu |
Melalui kenyataan bersama oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Madius Tangau itu juga mereka menyatakan rasa kesal atas keputusan membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, yang boleh mengancam nyawa rakyat pada ketika pandemik COVID-19 belum lagi terkawal sepenuhnya.
0 Comments