Lepas PM, menteri luar pula lantik penasihat


MENTERI LUAR
, Saifuddin Abdullah mengikut jejak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini bertindak melantik penasihat khas di sampingnya.

Dipetik laporan Malaysia dateline, Pengerusi Gerakan Pahang yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Ranndy Yap Kim Heng dilantik sebagai penasihat khas untuk Saifuddin Mengenai Asia Timur.

Sementara Pengurus Besar Yayasan Felda, Datuk Mohd Banuri Aris pula dilantik sebagai Penasihat Khas Hal Ehwal Kebajikan Antarabangsa bagi kementerian dikepalai Saifuddin berkuat kuasa Oktober dan November lalu.

Kedua-dua lantikan itu tersebut diumumkan Saifuddin sendiri.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang menegaskan, pelantikan itu disebabkan bidang pengalaman mereka yang belum lagi wujud di Wisma Putra.

Astro Awani pula melaporkan Saifudin mendakwa, pelantikan kedua-dua inividu berkenaan tidak membabitkan sebarang kos tambahan kepada kementerian.

“Ini adalah semata-mata untuk menambahkan lagi maklumat dan meningkatkan lagi profesionalisme kami di Wisma Putra,” kata beliau.

Sebelum ini, pelbagai jenis penasihat, duta bertaraf menteri dan pelbagai jenis jawatan lagi diwujudkan oleh kerajaan Ismail Sabri dan juga kerajaan Mahiaddin Md Yasin ketika kerajaan terpaksa berhutang untuk melaksanakan program untuk rakyat.

Tindakan pelantikan individu-individu berkepentingan politik itu dikritik ramai kerana dianggap sebagai satu bentuk pembaziran

Sebagai rekod, pentadbiran Ismail sebelum ini turut dipersoal susulan tindakannya melantik Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said sebagai penasihat khas dalam soal undang-undang dan hak asasi manusia.

Ismail turut melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Jamil Khir Baharom sebagai Penasihat Agama dan media ada melaporkan bahawa seorang individu lain akan dilantik bagi menasihati Perdana Menteri dalam soal kesihatan.

K'jaan dipenuhi penasihat lantikan
Selain mereka, kerajaan turut mengekalkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah yang dilantik semasa pentadbiran Mahiaddin Md Yassin.

Setiausaha agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tiong King Sing pula dilantik sebagai Duta Khas ke China dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur dan Presiden MIC, SA Vigneswaran sebagai duta khas ke India dan Asia Selatan.

Duta khas dilantik menerima emolumen berjumlah RM27,227.20 setiap bulan.  Mereka turut mendapat kemudahan lain seperti kemudahan telefon bimbit, kenderaan, pemandu dan pejabat

Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada awal Disember lalu mengesahkan tiada perjalanan rasmi ke luar negara dibuat oleh sekurang-kurangya tiga duta khas yang dilantik kerajaan.

Post a Comment

0 Comments