Sultan Johor kecewa proses vaksinasi rakyat perlahan


SULTAN Johor dilapor telah menzahirkan rasa dukacita  apabila proses pemvaksinan rakyat di negeri itu berjalan pada kadar perlahan.

Melalui satu titah dikelurkan melalui kenyataan pejabat Media Diraja Johor Baginda kecewa apabila hanya 10 peratus daripada 3.78 juta rakyat negeri itu telah menerima suntikan vaksin.

Justeru Baginda melalui titahnya mahu Kerajaan Persekutuan dikepalai Mahiaddin Md Yasin segera meningkatkan lagi bekalan vaksin Covid-19 serta kadar vaksinasi termasuk di Johor.

“Kadar pemberian vaksin masih rendah dan perlu dipertingkatkan dengan segera.

“Saya menyeru kerajaan pusat supaya mempertingkatkan jumlah bekalan vaksin kepada Johor," titahnya dalam kenyataan Pejabat Media Diraja Johor itu.

Kenyataan itu menyusul pertemuan Baginda Sultan dengan Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani; Penasihat Undang-Undang Johor, Amir Nasruddin dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu.

Untuk Rekod, isu kelembapan proses vaksinasi oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini bukan pertama kali diutarakan pihak Istana.

Pada 8 Jun lalu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah  turut menzahirkan rasa terkejut dan kecewa Baginda apabila mendapat tahu hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri itu dan bukan 2.9 juta seperti didakwa kerajaan PN sebelumnya.

BACA:
Mana baki 2,284.790 dos vaksin untuk Selangor

BACA: Doa rakyat teraniaya tiada dinding

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani melalui satu kenyataan berkata,  Sultan Sharafuddin berpandangan peruntukan itu tidak adil kerana  tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk Selangor.
 
Sementara itu,  Sultan Ibrahim juga menyatakan rasa amat bimbang ekoran maklumat yang dipersembahkan mendapati jangkitan di tempat kerja, kawasan perindustrian serta pembinaan menjadi penyumbang utama kepada bilangan kes baru Covid-19 setiap hari.

Sultan gesa percepatkan pemberian vaksin
Titah baginda keadaan menjadi lebih parah apabila 69 peratus kes baru adalah jangkitan sporadik dalam masyarakat yang tidak dapat dipastikan puncanya.

“Langkah penyelesaian yang terbaik hanyalah dengan memberi vaksin kepada semua rakyat dengan cepat dan menyeluruh.

"Ini telah terbukti berjaya di banyak negara yang telah melaksanakannya,” titah Sultan Ibrahim.

Post a Comment

0 Comments