Mana baki 2,284.790 dos vaksin untuk Selangor, soal Jingga 13

 


JINGGA 13 Selangor menyeru semua pemimpin politik di negara ini supaya memainkan peranan dan tanggungjawab mereka untuk menyelamatkan rakyat dari pendemik Covid-19.

Timbalan Ketua Koordinator Pusat merangkap Koordinator Jingga 13 Selangor, Mikheal Iskandar melalui satu kenyataan menyatakan sokongan terhadap titah Sultan Selangor,  Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah nyawa rakyat haruslah diberi keutamaan berbanding agenda-agenda lain

Mengulas titah Baginda mengenai nisbah jumlah pemberian dos vaksin tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk di negeri itu yang berjumlah 6.5 juta, Mikheal mengingatkan agar jangan ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil peluang dan kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan berniaga vaksin.

"Ini akhirnya akan menyebabkan rakyat terus menanggung kesan dan penderitaan," tegasnya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui satu kenyataan oleh Setiausaha Sulit Baginda menzahirkan rasa terkejut dan dukacita setelah mendapati hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri Selangor dan bukannya 2.9 juta seperti mana yang dijanjikan.

Baginda mengingatkan bahawa negeri Selangor adalah penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, justeru keutamaan wajar diberikan untuk negeri ini selain mahu agar jumlah pusat- pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini ditambah, khususnya di kawasan luar bandar.

Baginda juga menzahirkan pandangan bahawa pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi.

“Jingga 13 Selangor menyokong cadangan untuk menambahkan Pusat Pemberian Vaksin atau PPV di sekitar Selangor, khususnya di kawasan luar bandar. Begitu juga dengan pandangan Baginda Sultan supaya pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi seperti mana yang dilaksanakan di United Kingdom, Kuwait dan Amerika Syarikat.

Jingga 13 sokong titah Sultan Selangor
“Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil berat isu ini kerana ia mengancam nyawa rakyat dan berada dalam suasana yang amat kritikal setelah peratusan virus ini meningkat hari demi hari terutamanya di negeri Selangor” kata Timbalan Ketua Koordinator Pusat itu lagi.

Sementara itu dalam kenyataan tersebut, Mikheal Iskandar turut ingin bertanya kemanakah perginya jumlah baki 2,284,790 dos vaksin Covid-19 tersebut serta bilakah rakyat negeri Selangor akan mendapat vaksin tersebut.

 

Post a Comment

0 Comments