PRESIDEN KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan dua kertas cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong semasa menghadap Seri Paduka di Istana Negara pada Rabu.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dalam siaran video menerusi facebooknya malam tadi.
Menurut Anwar, kertas cadangan itu adalan berkenaan strategi membendung wabak Covid-19 dan idea pemulihan ekonomi negara pasca wabak yang berdasarkan kertas kajian, usul dan cadangan yang dibincangkan beliau dan pasukannya serta HARAPAN sebelum ini.
Cadangan itu termasuk cara bagaimana Covid-19 dapat ditangani untuk jangkamasa panjang seperti yang pernah diusulkan oleh beliau kepada Jawatankuasa Khas Darurat sebelum ini.
“Kita telah kemukakan beberapa strategi umpamanya selain dari menghadapi Covid-19, juga bagaimana mahu memanafaatkan kewangan termasuk melalui pinjaman untuk mengurangkan beban rakyat,” katanya.
Mengulas secara ringkas strategi membendung wabak itu, Anwar menjelaskan bahawa keutamaan adalah ujian yang berpanjangan yang konsisten , vaksinasi rakyat dan mengkaji kesan pelaksanaan PKP.
"Keutamaan adalah ujian yang berpanjangan yang konsisten, tidak turun naik. Kalau turun, kita tak dapat kenalpasti jumlah sebenarnya.
“Vaksin harus mencukupi termasuk yang disuarakan oleh Tuanku Sultan Selangor.
“Ketiga langkah-langkah mengenalpasti kesan yang ditimpa oleh rakyat melalui langkah PKP, PKPD dan lain-lain,” kata Anwar dalam siaran itu.
Penjelasan Anwar itu dilihat menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang mendakwa Anwar tiada idea bagi menangani masalah dihadapi negera.
Anwar sementara itu membuat penjelasan lanjut mengenai cadangannya dengan berkata, sekiranya langkah pertama itu dapat dijalankan dengan baik, seterusnya langkah kedua menyelamatkan negara dari kemelut ekonomi akibat wabak itu dapat dijalankan.
Ada formula bawa M'sia keluar dari kemelut |
Dalam siaran tersebut juga Anwar mengingatkan bahawa kerajaan yang lemah dan tidak sah, tidak legitimat dan mundar mandir tidak akan mampu membawa negara keluar dari kemelut dihadapinya sekarang.
0 Comments