SOP perlu jelas sebelum naikkan kadar kompaun, tegas Maria Chin

 

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) sewajarnya memberi kesedaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih tepat berhubung perintah kawalan pergerakan (PKP) berbanding mengenakan denda lebih tinggi kepada individu yang ingkar.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata, selain itu kerajaan juga perlu mempunyai SOP jelas kerana dilihat sekarang peraturan itu berasaskan budi bicara pihak polis.

“Isu bukan untuk meletakkan penalti lebih tinggi. Kesedaran dan ketepatan garis panduan masih kurang

“Sebagai contoh, terdapat kes dimana denda dikeluarkan pihak polis kepada individu yang berada di luar rumah selepas 10 malam, namun tiada had waktu untuk keluar rumah diumumkan dalam SOP.

“Garis panduan jelas seperti had waktu, kedai apa atau industri boleh dibuka atau tutup? Bila wajib pakai pelitup muka atau tidak perlu terutama di restoran dan dalam pejabat.

“Ini adalah informasi yang diperlukan..bagaimanapun ia tidak jelas,” kata bekas Pengerusi Bersih 2.0 itu.

Maria sebelumnya mengulas kenyataan  Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob yang berkata bahawa kerajaan boleh meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk meningkatkan denda kompaun terhadap individu yang melanggar SOP.

Cadangan agar kompaun dinaikkan dikritik beberapa pihak termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya ada cara lain memberi kesedaran kepada masyarakat peri-penting mematuhi SOP selain dengan menghukum.

Sementara, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula menyifatkannya sebagai tidak adil sekiranya ia dikenakan terhadap rakyat ketika beberapa pemimpin negara yang didakwa melanggar SOP tidak dikenakan tindakan.

BACA: Ada cara lain selain naik kadar kompaun, tegas bekas Menteri

BACA: Ahli Parlimen tegur cadangan Hamid Bador

Sementara itu dalam kenyataannya, Maria juga menegaskan bahawa menteri kabinet juga perlu berhenti melanggar SOP kerana ia membawa kepada “pertikaian besar” kerana tidak dihukum atas tindakan itu.

 Cadangan naik denda kurang dipersetujui
Beliau turut menggesa kerajaan memberikan data spesifik kes harian Covid-19, termasuk data bagi daerah dan bandar.

Perkongsian maklumat itu kelak jelasnya bertujuan untuk pengesanan kontak rapat dan kuarantin.

Post a Comment

0 Comments