Benar aktiviti pembalakang bercanggah perintah darurat - Abim


ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
(Abim) menggesa kerajaan mengenakan moratorium terhadap sebarang kegiatan pembalakan.

Gesaan itu dibuat Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz selepas it kembali dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan.

Tambah Muhammad Faisal, kebenaran bagi kerja-kerja pembalakan itu dilihat  bercanggah dengan proklamasi darurat yang turut menyebut bencana banjir sebagai antara sebab ia perlu diisyhtihar.

"Abim menegaskan perkembangan terbaru ini (kebenaran untuk pembalakan) amat bercanggah dengan penjelasan Muhyiddin Yassin sebelum ini yang mendakwa nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perisytiharan darurat bagi menangani beberapa isu besar iaitu penularan wabak Covid-19 serta bencana banjir di beberapa buah negeri.

"Abim menegaskan sudah tiba masanya untuk kerajaan mengeluarkan satu perintah moratorium untuk menghentikan sebarang aktiviti pembalakan sebagai solusi tuntas kepada kedua-dua bencana ini yang akhirnya membebankan rakyat," katanya dalam kenyataan.

Pada 30 Jan lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan sektor perhutanan dan yang berkaitan, termasuk pembalakan, akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di saat penularan Covid-19.

Katanya, ia juga memberi kelegaan bagi sektor tersebut selain manfaat kepada mangsa banjir untuk mendapat bekalan perabot baru yang musnah.

Bagaimanapun alasan diberi pemimpin PAS itu dikritik rakyat, ia kerana pembalakan merupakan antara faktor penyebab berlakunya banjir.

Sementara itu, Muhammad Faisal yang juga koordinator Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim (MCCIN) turut membangkitkan isu serupa disuarakan rakyat, jelasnya kegiatan pembalakan berleluasa adalah antara punca perubahan iklim yang akhirnya menyebabkan ketidaktentuan cuaca seperti waktu dan kadar taburan hujan.

Pembalakan antara punca kejadian banjir
"Bencana besar banjir yang sering berlaku berpunca daripada perubahan iklim.

"(Ketidaktentuan hujan) menjadi penyebab banjir besar apabila kemudahan yang disediakan bagi membendung limpahan air tidak dapat berfungsi," katanya.


Post a Comment

0 Comments