Ahli Parlimen tegur cadangan Hamid Bador

 


KETUA Polis Negara Abdul Hamid Bador digesa memastikan polis menguatkuasakan undang-undang secara adil atau berdepan  sikap sinis orang ramai terhadap pasukan itu.

Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago ketika mengulas cadangan Abdul Hamid untuk mengenakan penalti lebih tinggi ke atas pihak yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Tambah Charles, pihak berkuasa perlu menghakis pandangan rakyat bahawa berlaku dwistandard dalam penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan terutama aopabila membabitkan pemimpin kerajaan.

“Sebelum menimbangkan untuk meningkatkan denda, saya fikir polis harus melakanakan undang-undang berkenaan dengan lebih adil.”

“Anda harus mendakwa pihak yang bersalah di mahkamah, hatta menteri. Dengan cara itu anda dapat memastikan orang ramai yakin (terhadap penguatkuasaan undang-undang).

“Jika polis mengenakan satu standard terhadap orang kaya dan standard lain untuk orang miskin, atau satu untuk orang politik dan yang lain terhadap orang biasa, maka tentulah orang ramai akan bersikap kritikal dan sinis,” katanya dipetik FMT.

Pada Sabtu, Abdul Hamid mencadangkan untuk menaikkan kadar kompaun bagi mereka yang ditahan kerana melanggar SOP.

Bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengkritik cadangan itu dengan berkata, langkah itu dilihat bersifat terlalu menghukum dan bukan bertujuan mendidik masyarakat.

Sedangkan tegasnya ada banyak hukuman lain boleh dikenakan terhadap mereka yang ingkar supaya dapat dijadikan teladan termasuk dengan hukuman kerja kemasyarakatan.

Tambah Ahli Parlimen Kuala Selangor itu lagi, tindakan menaikkan kadar denda akan menyebabkan rakyat marah.

BACA:
Ada cara lain selain naik kadar kompaun, tegas bekas Menteri

"Ia juga dianggap sebagai pendekatan sepihak untuk menangani kes-kes apabila melibatkan orang awam berbanding individu kenamaan (VIP) dan ini akhirnya menambahkan lagi ketidakpuasan hati masyarakat," tegasnya.
 
Untuk rekod, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa baru-baru ini dikritik hebat selepas memuat naik gambar beliau beriadah pagi dengan dua individu lain.

Netizen berkata, orang ramai hanya dibenarkan beriadah atau menunggang basikal berdua paling ramai.

 Ambil tindakan terhadap menteri langgar SOP
Sebelumnya, seorang pemilik kedai kopi di Johor mengkritik tindakan denda dikenakan terhadapnya kerana tidak memakai pelitup muka.

Individu itu mendakwa tindakan itu dikenakan walaupun dirinya bukan berada di tempat yang sesak dengan orang awam.


Post a Comment

0 Comments