Selepas FDI jatuh, KDNK pula dijangka merudum

 


PROSPEK ekonomi Malaysia bagi tahun ini dijangka akan bertambah buruk, kata firma penyelidikan Fitch Solutions.

Firma itu yang dipetik laporan Malaysiakini menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan menurun dari 11.5 peratus kepada 10 peratus dengan menyebut mengenai "penggunaan swasta yang disenyapkan".

"Pekerjaan dan gaji cenderung sekali lagi berada di bawah tekanan yang kuat, kali ini dengan ruang lingkup sokongan fiskal yang lebih rendah, memandangkan kewangan kerajaan sudah tegang dan hampir dengan had hutang yang meningkat sebanyak 60 peratus dari KDNK," kata firma itu.

Untuk rekod, sejak pengambil alihan kerajaan melalui 'langkah sheraton', negara berdepan beberapa isu berkaitan ekonomi yang diburukkan lagi dengan pendemik Covid-19.

Pada Disember tahun lalu, Fitch Ratings yang juga sebahagian Fitch Group menurunkan penarafan kredit Malaysia dari A- kepada BBB +.
 
Manakala perangkaan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) melaporkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara bagi tahun 2020 menyusut sebanyak 68% ke USD 2.5 billion.

BACA:
Muhyiddin digesa pecat Azmin

Malaysia turut berdepan kejatuhan ketara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 sebanyak 6 tangga, menurut laporan Transparency International.

Kerajaan Muhyiddin yang didakwa sudah hilang majoriti sokongan pula berdepan kritikan rakyat susulan peningkatan mendadak ks positif Covid-19 dan tindakannya menggantung parlimen melalui pengisytiharan darurat.

 Penurunan KDNK beri kesan negatif
Sementara itu, Fitch Solution turut mengingatkan, penurunan pertumbuhan KDNK akan memberi kesan negatif terhadap jumlah dana yang ada yang diperlukan untuk memperkuat sistem penjagaan kesihatan Malaysia.
 
Fitch Solutions mengatakan lonjakan kes Covid-19 yang tidak terkawal dijangka akan melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia.



 

Post a Comment

0 Comments