KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) disifatkan masih gagal menguruskan isu pembabitan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pendemik Covid-19.
Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung berkata begitu sebagai mengulas apa yang didakwanya kegagalan kerajaan berunding bagi mendapatkan penglibatan inklusif daripada pihak swasta walaupun darurat diisyhtihar.
Lee berkata peruntukan RM100 juta kerajaan bagi menampung kos perubatan pesakit ke hospital swasta masih lagi diselubungi pelbagai keraguan.
"Kerajaan PN mengisytiharkan darurat di seluruh negara, tetapi di sebelah sini mengelakkan diri daripada meminta hospital swasta untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.
"Sebaliknya, mereka masih membazirkan masa dalam rundingan harga. Ini jelas amat mengecewakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pertengahan Jun lalu, pentadbiran Muhyiddin mengumumkan perintah darurat.
Walaupun dikritik sebagai langkah untuk menyelamatkan jawatannya, Muhyiddin berkata darurat diperlukan untuk negara menghadapi Covid-19.
Semasa mengumumkan hal itu Muhyddin berkata darurat juga membolehkan beberapa ordinan dimasyhurkan merangkumi keperluan seperti mengambil alih aset hospital swasta atau menggunakan sumber mereka bagi merawat pesakit Covid-19.
Dalam kenyataan itu juga, Lee yang merupakan ADUN Semambu mahu Menteri Kesihatan Adham Baba wajar tampil memberikan pencerahan dengan menyediakan maklumat terperinci mengenai peruntukan itu.
BACA: Integrasi hospital swasta, K'jaan digesa dedah perincian dana
BACA: Berundur jika enggan pikul tanggungjawab, tegas Dr Dzulkefly
Dalam masa sama, beliau menggesa hospital swasta tampil untuk menawarkan perkhidmatan perubatan Covid-19 kepada rakyat Malaysia dengan mentaliti yang tidak hanya mementingkan keuntungan.
![]() |
Lee gesa Adham Baba beri pencerahan |
Lee juga menegaskan bahawa keadaan angka pesakit baru Covid-19 mencecah lebih 5,000 kes sehari untuk tiga hari berturut-turut sebenarnya memberi gambaran bahawa negara sudah memasuki peringkat 'berperang'.
0 Comments