CPI merosot: Negara dimalukan di-era K'jaan PN


AHLI PARLIMEN Kulai, Teo Nie Ching menyifatkan kedudukan Malaysia tempat ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 berbanding ke 51 tahun sebelumnya sebagai perkara yang sangat memalukan.

Menurut bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu, kedudukan Malaysia menurun berikutan pembaharuan institusi terhenti dan terdapat beberapa kes berprofil tinggi yang dilepaskan tanpa membebaskan mereka yang didakwa.

"Sebab lain termasuk akses terhad kepada maklumat mengenai perkara kepentingan awam, skandal daging tidak halal, kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh penjawat awam yang berterusan.

"Selain itu ialah perkembangan atau kemas kini kes berprofil tinggi yang terhad. Perkara yang amat memalukan. Ini akan menghantar mesej yang salah kepada masyarakat antarabangsa.

"Selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan terkini tidak komited untuk membanteras rasuah," katanya dipetik laporan media.

Pada tahun 2019, Malaysia berada di kedudukan 51 dengan skor 53 iaitu skor terbaik negara sejak tujuh tahun lalu.

Untuk rekod, Negara dinilai daripada sifar hingga 100 di mana sifar dianggap paling korup dan 100 untuk negara yang dianggap paling bersih dan telus.

Transparency International yang mengeluarkan laporan itu berkata, penurunan skor terbabit dapat dikaitkan dengan perubahan mendadak dalam kerajaan susulan 'Langkah Sheraton' pada awal tahun 2020.

 K'jaan PN dikaitkan dengan pelbagai isu


Belum 12 bulan kerajaan Muhyiddin mengambil alih Putrajaya, Kerajaan dikepalainya berdepan kritikan masyarakat susulan kejatuhan indeks tersebut selain kemerosotan indeks pelaburan langsung asing (FDI) sehingga 68%  yang jauh lebih teruk berbanding negara Asean lain.


Perikatan Nasional (PN) juga dilihat telah gagal menangani penularan wabak Covid-19 dengan berkesan apabila negara terus mencatatkan kes baharu yang tinggi walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perintah darurat dikuatkuasakan.
 

Post a Comment

0 Comments