PUTRAJAYA digesa merangka prosedur operasi standard (SOP) seragam dan tidak berubah-ubah bagi semua perayaan.
Gesaaan itu disuarakan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Terengganu, Azan Ismail dengan alasan selain memudahkan rakyat ia dapat mengelakkan kerajaan memenuhi tuntutan semata-mata atas dasar menjaga kepentingan politik dan bukan atas sebab untuk mencegah penularan Covid-19.
“Jika tiada SOP standard khususnya untuk perayaan, orang akan keliru dengan garis panduan sedia ada, kerana untuk Melayu lain, India lain, Cina lain.
"Jika ada pihak membantah, kerajaan akan ubah. Jadi desakan ini sudah seperti ada unsur politik dan bukan untuk cegah penularan Covid-19.
“Kerajaan harus wujudkan satu garis panduan yang standard bagi semua perayaan keagamaan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Cadangan itu dibuat dipercayai susulan tindakan kerajaan Perikatan Nasional hari ini yang meminda peraturan baru SOP sambutan Tahun Baru Cina dengan membatalkan peraturan had maksimum "20 orang setiap rumah" yang diumumkan pada Khamis lalu.
![]() |
Rakyat keliru dengan SOP tak tetap |
Untuk rekod, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan pada 13 April dan merayakan Aidilfitri pada Mei depan.
0 Comments