Anak dramatis Fuziah Nawi telah ditemui



MAYAT pengarah filem dan drama, Firdaus Hanif atau Pitt Hanif, 43, telah ditemui pada jam 4.25 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor dipetik berkata, mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang pada jam 4.25 petang tadi.

"Penemuan mayat mangsa ini menamatkan pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang ditamatkan pada jam 5 petang ini," kata Azli dalam satu kenyataan.


Semalam, Firdaus dilapor terjatuh kedalam sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchor Mela setelah bot gentian kaca dinaikinya bersama rakan terbalik.

Firdaus yang juga merupakan anak dramatis Fauziah Nawi dilapor ketika itu sedang memancing bersama seorang rakannya.

Rakannya berjaya menyelamatkan diri, namun Firdaus sihanyutkan arus.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat dalam (SAR) radius 3 kilometer dijalankan dengan kekuatan 43 anggota keselamatan daripada pelbagai agensi termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis serta penduduk kampung bermula semalam.

Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.
 

Post a Comment

0 Comments