Anwar kecewa usaha angkat Bahasa Melayu kurang serius.


PRESIDEN KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa kesal kerana usaha mengangkat martabat bahasa Melayu masih tidak dilakukan dengan serius di negara ini.

Bercakap semasa merasmikan seminar Pembinaan Bangsa Malaysia pada Sabtu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata pemimpin wajar lebih tegas memastikan ia dilaksanakan dengan baik.

"Masalahnya ketegasan pimpinan. Bukan soal bahasa kebangsaan tetapi keengganan melaksanakan dasar bahasa dengan jelas.

"Sehinggakan saya lihat acara rasmi pun dimulakan dan sepenuhnya Bahasa Inggeris," katanya.

Sementara itu, tanpa menolak keperluan untuk menguasai bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, Anwar menyarankan kerajaan bersikap serius mengangkat Bahasa Melayu.


Sikap itu tambahnya wajar ditampilkan selaras usaha memartabat Perkara 152 Perlembagaan persekutuan yang antaranya menyentuh

hak istimewa orang Melayu seperti bahasa, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja, para pemimpin Melayu.

Bagaimanapun tambahnya, dalam isu lain termasuk berkenaan ekonomi ia perlu dibangunkan bag i manfaat semua tanpa mengira sentimen kaum.

Post a Comment

0 Comments