SEORANG lelaki warga Malaysia ditemui mati berhampiran Sungai Golok dekat Narathiwat, selatan Thailand.
Mayat mangsa, Mohamad Faisal, 28, ditemukan dengan beberapa kesan tembak di bahagian kepala, muka, dada dan kaki mangsa.
Penolong Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Kapten Pol Jaturon Thongkliang berkata, pihak berkuasa percaya tembakan dilepaskan dari jarak dekat.
“Polis menemui lima kelongsong peluru di tempat kejadian,” katanya dipetik.
Sementara itu, Jaturon berkata, siasatan awal mendapati mangsa sebelumnya bertengkar dengan lima lelaki berhampiran tempat kejadian.
“Saksi memberitahu bahawa mangsa cuba melarikan diri daripada buruan lima lelaki tersebut. Dua daripada mereka telah melepaskan tembakan ke arah mangsa sehingga menyebabkannya rebah.
Difahamkan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Golok untuk bedah siasat dan pihak polis turut menghubungi waris mangsa.
0 Comments