PRESTASI pelaburan negara dijangka akan lebih baik jika Pakatan Harapan (HARAPAN) masih mentadbir.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Amanah Faiz Fadzil dalam satu kenyataan di Facebook merujuk kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikepalai Muhyiddin Yassin masuk pelaburan ke Malaysia.
Tambah Faiz, jangkaan itu realistik berdasarkan pencapaiaan kerajaan HARAPAN sebelum ini yang berjaya melonjakkan kadar pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.
“Selepas HARAPAN mengambil alih pada 2018, banyak langkah sudah diambil untuk memulihkan prestasi pelaburan negara. Hasilnya, FDI diluluskan untuk 2019 telah melonjak ke RM82.4 bilion, iaitu paling tinggi dalam sejarah,” katanya.
Pentadbiran Muhyiddin dikritik keras susulan kelemahannya melonjak semula ekonomi negara, ia diburukkan lagi apabila Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) melaporkan aliran masuk FDI Malaysia jatuh 68% ke USD2.5 bilion pada 2020, yang dilihat jauh teruk berbanding negara lain di ASEAN.
Dalam laporan itu, FDI Malaysia adalah USD2.5 bilion berbanding Singapura (USD58 bilion – jatuh 37%), Indonesia (USD18 bilion – jatuh 24%), Vietnam (USD14 bilion – jatuh 10%), Thailand (USD11.4 bilion – jatuh 50%), dan Filipina (USD6.4 bilion – naik 29%).
Malaysia bukan sekadar berdepan kejatuhan FDI, malah firma penyelidikan Fitch Solutions menjangkakan prospek ekonomi negara bagi tahun ini akan bertambah buru dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menurun dari 11.5 peratus kepada 10 peratus.
BACA: Ekonomi merudum: Muhyiddin digesa pecat Azmin

BACA: Selepas FDI jatuh, KDNK pula dijangka merudum
BACA: CPI merosot: Negara dimalukan di-era K'jaan PN
Sementara itu tambah Faiz, Malaysia kini terperangkap di tengah-tengah – kalah dengan Singapura dalam meraih pelaburan bernilai tinggi dan juga kalah dengan Indonesia dan Vietnam dalam meraih pelaburan berteraskan pembuatan besar-besaran berkos rendah.
![]() |
Ekonomi lebih baik jika HARAPAN mentadbir |
Justeru, rakyat tegasnya harus membuka mata dengan situasi terkini dalam negara, bahawa PN mementingkan agenda politik lebih daripada pembangunan negara.
0 Comments