Pesawat terhempas di Tehran bunuh 176 orang


SEBUAH
pesawat Ukraine dilapor terhempas tidak lama selepas berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di selatan ibu negara Iran pada jam tadi.

Difahamkan, kesemua 176 penumpang termasuk sembilan kru pesawat Ukraine yang berada dalam pesawat itu terkorban.

Pegawai Kanan Perhubungan Awam di lapangan terbang itu, Ali Khashani berkata, pesawat Boeing 737-800 tersebut yang dalam perjalanan ke Kiev terhempas di kawasan Parand sebuah bandar di daerah Robat Karim.

Agensi berita Fars pula melaporkan siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada masalah teknikal.

Menurut data pengesan penerbangan, Flightradar24, pesawat 752 Ukraine International Airlines itu dijadualkan berlepas pada jam 5.15 pagi (waktu tempatan) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil.

Bagaimanapun, jadual penerbangan itu tertangguh selama hampir sejam dan hanya berlepas pada jam 6.12 pagi.

Jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, Reza Jafarzadeh pula berkata, pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi nahas bagi mengawal kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa penumpang.

Agensi berita antarabangsa AFP dalam laporannya berkata, nahas ini berlaku beberapa jam sebelum Iran melancarkan serangan balas dendam terhadap dua pangkalan tentera yang menempatkan pasukan tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Post a Comment

0 Comments