SPRM dedah butir rakaman perbualan Najib


SURUHANJAYA
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat pendedahan mengejutkan.

Dalam satu sidang media khas yang dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, agensi itu memperdengarkan beberapa rakaman audio perbualan bekas perdana menteri, Najib Tun Razak dengan beberapa individu termasuk dua pemimpin dari Arab Saudi.

Turut diperdengarkan kepada puluhan wakil media adalah perbualan antara Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.

Tambah Latheefa, rakaman audio itu melibatkan perlakuan salah guna kuasa, pecah amanah, tindakan memalsukan dokumen, pendedahan maklumat sulit, ancaman keselamatan negara, konspirasi jenayah.

Justeru tegasnya, perbualan dianggap konspirasi jenayah peringkat tertinggi itu dan wajar didedahkan demi kepentingan umum.

“Kalau kita dengar, ini adalah pelbagai tindakan jenayah yang serius termasuklah yang membabitkan penyalahgunaan kuasa.

“Ada elemen untuk cover up, ada juga elemen rasuah berlaku,” katanya dalam sidang media khas yang dihadiri puluhan wakil-wakil media tempatan dan antarabangsa di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Rakaman tulen


Tampahnya, siasatan ketulenan rakaman itu yang baru diperolehi telah dijalankan oleh unit forensik SPRM

SPRM menamakan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, Pengerusi International Petroleum Investment Co (IPIC) Sheikh Mansour  Zayed al Nahyan, Ketua Eksekutif Mubadala Development Company (MDC) Khaldoon Al-Mubarak, Presiden UAE Khalifa Zayed bin Sultan Al Nahyan,Riza Shahriz Abdul Aziz, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin dan turut disebut Senator Khairul Azwan Harun dalam rakaman dipercayai berlaku  antara 5 Januari hingga 29 Julai 2016  berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd diperoleh

Antara nama individu lain yang terlibat dalam perbualan adalah Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Apandi Ali, Datuk Seri Azeez Rahim, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, Datuk Suboh Md Yasin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Abdul Aziz Ismail, Tan Sri Shukri Abdull.

Butir perbualan

Antara yang didedahkan SPRM siang tadi adalah perbualan Najib Razak dengan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkaitan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International.

Turut diperdengarkan adalah satu rakaman audio antara Najib dengan seorang individu dipercayai dari luar negara berhubung pemintaan supaya diadakan satu perjanjian untuk anak tirinya Riza Aziz bagi menutup sumber dana yang diperoleh bagi penerbitan filem yang dikaitkan dengan 1MDB.

“Perkara ini kita lihat sangat serius dan perlu disiasat, jadi saya sudah mengarahkan pegawai (SPRM) untuk menyerahkan semua rakaman suara kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” tambahnya.

Antara kesalahan yang dikesan adalah melibatkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, cubaan memalsukan bukti dan mendedahkan dokumen rasmi.
 

Post a Comment

0 Comments