K'jaan Ismail tak tunjuk komitmen laksana MoU - Anwar


SUDAH sebulan Kerajaan dan Pakatan Harapan (HARAPAN) menandatangai perjanjian persefahaman (MoOU), namun Putrajaya didakwa tidak menunjukkan komitmen bagi melaksana janji yang dibuat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada perbahasan di Dewan Rakyat semalam, Ketua Pembangkang itu menzahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka.

Kerajaan dipimpin Ismail Sabri Yaakob kata Anwar menggunakan isu MoU itu bagi mencanang kepada rakyat isu kestabilan politik dibawah pentadbirannya.

"Beberapa langkah lain juga bertentangan dengan semangat demokrasi, transparency (ketelusan) dan semangat untuk bekerjasama seperti disebut oleh perdana menteri," katanya.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Mneteri Mustapa Mohamed dari membangkitkan isu perlunya kestabilan politik di negara ini bagi memulihkan semula ekonomi, selain menarik pelabur asing.

Anwar yang juga ketua pembangkang bangkit mencelah untuk "membetulkan kenyataan" dibuat Mustapa (PN-Jeli).

"Saya nak jelaskan di sini kepada menteri untuk membetulkan kenyataannya bahawa (MOU) ada kemajuan, meredakan suhu politik yang kami sokong pada awalnya.

"Tetapi saya nak nyatakan pada hari ini, kami tidak berpuas hati (dengan perkembangan MoU tersebut) kerana ia lembab dan sengaja dilengah-lengahkan," katanya.

Pakatan Harapan lahir rasa kecewa
Untuk rekod, HARAPAN dan kerajaan pusat menandatangani MOU Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 Sept lalu sebagai langkah meredakan kemelut politik dalam negara ekoran pelbagai kejadian sesudah Langkah Sheraton.

MOU berkenaan menjanjikan pembaharuan pentadbiran. Antara lain melibatkan pembaharuan parlimen dan kebebasan institusi kehakiman.

Post a Comment

0 Comments