M'sia catat jumlah pulih koronavirus harian tertinggi


MALAYSIA
mencatatkan jumlah kes pulih dari jangkitan koronavirus (Covid-19) harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 236 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya siang tadi berkata, dengan perkembangan itu, jumlah keseluruhan pesakit yang pulih dan sudah discaj dari hospital ialah sebanya 1,241 atau 32.7 peratus dari keseluruhan kes.

Sementara itu Dr Noor Hisham juga memaklumkan, kementerian hari ini mengesan 131 kes baru.

Ia menjadikan jumlah jumlah keseluruhan kes setakat kini adalah sebanyak 3,793.

Seramai 102 pesakit kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam sidang medianya hari ini, Noor Hisham juga memaklumkan satu lagi kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini adalah sebanyak 62.

menurutnya, kematian terbaru itu melibatkan lelaki warga Malaysia berumur 67 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Lelaki berkenaan mempunyai beberapa kontak rapat dengan jemaah tabligh Seri Petaling dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac 2020 sebelum  disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi.

Post a Comment

0 Comments