KERAJAAN dilapor telah memulakan proses penggantian kereta rasmi kegunaan Menteri-Menteri Persekutuan sejak April lalu.
Ketika menjawab pertanyaan seorang Ahli Parlimen Pembangkang, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, bagi tujuan itu kerajaan telah membayar kos pajakan bulanan Toyota Vellfire 2.5L sebanyak RM5,759.35.
“Kos pajakan bulanan ini terdiri dari kos sewaan bulanan sebanyak RM4,851.61 dan kos selenggaraan bulanan RM907.74.
“Sehingga September 2021, kerajaan telah membayar kos pajakan sebanyak RM1.42 juta kepada syarikat konsesi,” katanya dalam satu kenyataan bertulis bertarikh 2 November.
Menteri sebelum ini menggunakan kenderaan tempatan model Proton Perdana 2.4L dalam versi yang dipanjangkan untuk kegunaan rasmi, Manakala Proton Perdana biasa untuk kegunaan pegawai kerajaan pula kini telah digantikan dengan Proton X70, juga dilapor dibekalkan oleh Spanco.
Terdahulu Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin meminta Zafrul menyatakan perbelanjaan kerajaan menyediakan kereta rasmi Velfire kepada Menteri-menteri.
Sebelum ini, ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) isu pertukaran kenderaan rasmi menteri dan timbalan pernah diutarakan.
Ia susulan konsesi Fleet Kenderaan Kerajaan telah diuruskan oleh Spanco melalui Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan syarikat berkenaan sejak 1993 tamat pada 31 Disember 2018.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dalam satu kenyataan tahun lalu berkata syarikat konsesi baru bakal dipilih secara permohonan bagi cadangan (RFP) yang dilaksanakan secara terbuka oleh jawatankuasa penilaian tender.
Jawatankuasa itu dianggotai oleh penjawat awam kanan dari pelbagai agensi terbabit sebagai penilai termasuk Jabatan Kerja Raya, Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta serta Kementerian Kewangan sebagai peneraju utama.
Namun sebelum kerajaan HARAPAN ditumbangkan melalui 'Langkah Sheraton' Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng sekitar Januari memaklumkan kerajaan akan terus kekal menggunakan Proton Perdana sebagai kenderaan rasminya.
Ketika menjawab pertanyaan seorang Ahli Parlimen Pembangkang, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, bagi tujuan itu kerajaan telah membayar kos pajakan bulanan Toyota Vellfire 2.5L sebanyak RM5,759.35.
“Kos pajakan bulanan ini terdiri dari kos sewaan bulanan sebanyak RM4,851.61 dan kos selenggaraan bulanan RM907.74.
“Sehingga September 2021, kerajaan telah membayar kos pajakan sebanyak RM1.42 juta kepada syarikat konsesi,” katanya dalam satu kenyataan bertulis bertarikh 2 November.
Menteri sebelum ini menggunakan kenderaan tempatan model Proton Perdana 2.4L dalam versi yang dipanjangkan untuk kegunaan rasmi, Manakala Proton Perdana biasa untuk kegunaan pegawai kerajaan pula kini telah digantikan dengan Proton X70, juga dilapor dibekalkan oleh Spanco.
Terdahulu Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin meminta Zafrul menyatakan perbelanjaan kerajaan menyediakan kereta rasmi Velfire kepada Menteri-menteri.
Sebelum ini, ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) isu pertukaran kenderaan rasmi menteri dan timbalan pernah diutarakan.
Ia susulan konsesi Fleet Kenderaan Kerajaan telah diuruskan oleh Spanco melalui Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan syarikat berkenaan sejak 1993 tamat pada 31 Disember 2018.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dalam satu kenyataan tahun lalu berkata syarikat konsesi baru bakal dipilih secara permohonan bagi cadangan (RFP) yang dilaksanakan secara terbuka oleh jawatankuasa penilaian tender.
Kos pajakan hampir RM6 ribu sebuah setiap bulan |

0 Comments