Apakah k'jaan dah siasat dakwaan bekas KPN, soal Mat Sabu



KERAJAAN dipersoal sama ada terdapat sebarang siasatan yang dilakukan terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Abdul Hamid Bador berhubung amalan rasuah dalam politik.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat berkata, walaupun sudah beberapa bulan sejak pendedahan dibuat bekas KPN itu tetapi nampaknya sehingga sekarang tidak ada sebarang siasatan dibuat berhubung dakwaan itu.

“Hamid bukan sekadar sarjan polis di Gua Musang atau koperal di Tawau.

"Beliau adalah KPN yang mendedahkan bagaimana rasuah dan penyelewengan berlaku dalam politik,” kata Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Dalam sidang akhbar terakhirnya sebagai pegawai polis tertinggi negara pada April lalu, Hamid menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ahli politik yang “lompat parti”.

Gesaan itu sekaligus mendedahkan berlakunya amalan rasuah dalam politik.

Saya tengok rasuah merata-rata dalam politik. (Pemimpin) mabuk kuasa dan membeli orang lain dan mengugut (yang enggan dibeli). Itu adalah rasuah," katanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Hamid gesa SPRM siasat 'katak politik'
Tambah Hamid, beliau merasa bimbang jika rasuah politik tidak dibendung... polis akan digunakan untuk mencapai kepentingan (politik) pihak berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad berkata sekiranya pendedahan Hamid itu hanya “cakap kosong”, beliau perlu disiasat kerana burukkan imej negara termasuk imej polis.

Post a Comment

0 Comments