CALON mewakili parti KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban dilapor membuat laporan polis berhubung kejadian beliau diprovokasi oleh seorang lelaki.
Memetik laporan Bernama, kejadian itu berlaku semasa calon, Mikail Mathew Abdullah meninjau sebuah pusat mengundi di Spaoh , kira-kira 150 km dari Kuching semalam.
Menurutnya, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi apabila tiba-tiba beliau didatangi seorang lelaki yang kemudiannya mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada yang tinggi terhadapnya.
“Saya berada di dalam kereta sebelum didatangi oleh individu berkenaan dikenali sebagai “Polo” yang mengarahkan saya untuk mengalihkan kereta.
“Ketika keluar dari kenderaan berkenaan, lelaki itu mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada yang tinggi dan ketika saya cuba beri penjelasan, dia bertindak agresif terhadap saya,” katanya dipetik laporan itu.
“Tindakan agresif individu itu bagaimanapun dihalang oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian,” katanya, dan menambah beliau kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Spaoh bersama-sama beberapa saksi kejadian.
Tindakan agresif dihalang orang ramai |
“Dia (Mikael) membuat laporan polis kerana dihalang, dan Ibu Pejabat Polis Daerah Betong sedang menjalankan siasatan,” katanya.