GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) berjaya mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu.
Pada Pilihan raya Negeri (PRN) yang diadakan semalam, GPS menang sekurang-kurangnya 75 kerusi daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12).
Manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) menang empat dan DAP menang di Padungan yang ditandingi Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Pending yang ditandingan Violet Yong.
KEADILAN, Amanah dan PAS masing-masing gagal memenangi apa-apa kerusi.
Dengan keputusan itu, GPS kini menggantikan DAP sebagai pembangkang terbesar dalam DUN Sarawak.
Sementara itu, Dalam sidang media semalam, Pengerusi Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh memaklumkan keputusan pilihan raya bagi kerusi N.78 Mulu tidak akan diumumkan pada Sabtu. .
Ini katanya, kerana mengambil kira faktor keselamatan petugas pilihan raya yang menggunakan helikopter untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan undi berikutan cuaca buruk dan terputus perhubungan jalan darat.
Keputusan bagi N78 bakal diumumkan kemudian |
Susulan kemenangan itu, Abang Johari mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud malam tadi.
0 Comments