HUJAN lebat yang berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa negeri dinaiki air.
Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir selain Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Di Port Dickson, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meredah banjir bagi meninjau beberapa kawasan yang terjejas.
Melalui muat naik di laman sosial facebooknya, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, hasil tinjuan dilakukan mendapati satu rancangan besar dilaksana bagi mengelak kejadian sama berulang.
"Saya telah arahkan bantuan segera diberikan kepada mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.
"Saya juga melihat perlunya rencana besar terkait sistem tebatan banjir bagi memastikan bencana ini dapat dielakkan di masa hadapan," kata Ahli Parlimen Port Dickson dalam satu kenyataan.
Anwar sempat bertemu mangsa-mangsa banjir di Taman Desa Permai, Sri Tanjung.
Setakat pagi tadi, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat pagi ini iaitu Balai Raya Jimah Lama dan Balai Raya Permatang Pasir, Port Dickson serta Surau Keru Hilir, Tampin bagi menempatkan 107 mangsa membabitkan 36 keluarga.
Dipetik laporan media, mangsa banjir yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan peningkatan pagi tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di negeri itu terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 798 mangsa daripada 170 keluarga dipindahkan ke PPS bagi tempoh sama.
Di Pahang, bilangan mangsa banjir turut meningkat apabila sembilan PPS dibuka awal pagi tadi menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi sebanyak 25 bagi menempatkan 513 mangsa daripada 137 keluarga di daerah Maran dan Raub.
Di Terengganu pula, jumlah mangsa banjir kekal tidak berubah dengan 66 mangsa daripada 14 keluarga masih berada di dua PPS pagi ini.
Hujan lebat sebabkan banjir di beberapa negeri |
Selain itu, operasi memindah dan menyelamatkan mangsa banjir juga melibatkan kawasan di daerah Kapar, Banting, Pelabuhan Klang, Andalas, Pulau Indah dan Sepang membabitkan kira-kira 64 orang giat dijalankan.
0 Comments