KERAJAAN digesa supaya tidak “memaksa” pengguna lebuh raya bertol beralih kepada penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) melalui ketuanya aktivisnya, Kamarudin Hussain berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) sepatutnya mengekalkan penggunaan TnGo dan Smart Tag agar dapat memberi peluang kepada pengguna memilih perkhidmatan yang ingin mereka gunakan.
Dengam pengumuman terbaharu pelaksanaan transaksi tol menggunakan RFID untuk kenderaan ringan persendirian bermula pertengahan tahun depan, mereka mempersoal siapa yang bakal menanggung kerugian dihadapi pengguna.
“Apakah KKR akan membayar semula kerugian yang bakal dihadapi oleh puluhan juta pengguna yang selama ini telah mengeluarkan wang mereka untuk membeli kad TnGo dan mesin Smart Tag?
“Adakah KKR tidak memperdulikan kerugian yang bakal rakyat hadapi kelak?,” soal mereka dalam kenyataan.
Tambah Kamarudin, KKR perlu memberi fokus kepada masalah yang lebih penting daripada mengunakan kuasa yang ada untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu.
Katanya, kebanyakan lebuh raya yang ketika ini masih mengekalkan dua lorong yang perlu ditingkatkan kepada empat lorong atau setidak-tidaknya tiga lorong.
“Jumlah tol yang ketika ini tidak mencukupi sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan perlu ditambah agar masalah tersebut dapat diselesaikan,” katanya.
Dalam kenyataan sama, PPDM turut mengingatkan KKR memberi tumpuan bagi menangani melihat kesesakan yang sering berlaku di hentian rehat dan rawat (RnR) khususnya untuk kenderaan berat.
Perkara yang mengganggu pengguna itu jelas mereka wajar diselesaikan bukannya membiarkan ia berlarutan.
Siapa akan tanggung kerugian pengguna? |
Bagaimanapun, kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID.
0 Comments