PERJUANGAN pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang meletakkan Sarawak setaraf Semenanjung serta mengiktiraf MA63 seiring Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perjanjian Persekutuan 1957 adalah hasil daripada usaha Pakatan Harapan (HARAPAN).
Justeru, Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, adalah tidak wajar jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil kredit berlebih dengan kejayaan itu terutama gabungan politik diketuai Abang Johari Tun Abang Openg itu dakwanya tidak banyak berusaha memperjuangkan MA63.
"Perjuangan ke arah mengiktiraf MA63 di sisi Perlembagaan lebih banyak dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan parti pembangkang lain di Sarawak.
“Dan kita harus ingat pada 2019, apabila kerajaan HARAPAN berusaha untuk membuat pindaan MA63, blok GPS telah menolak pindaan tersebut.
“GPS gagal memberikan alasan munasabah di atas penolakkan tersebut. Namum pada hari ini, ahli parlimen GPS yang sama menyokong pindaan tersebut setelah isu ini banyak diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin PH,” tegas Abun Sui.
Dalam kenyataan sama, beliau turut mengingatkan bahawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain dari blok HARAPAN hakikatnya sudah lama memperjuangkan isu MA63 untuk rakyat Sarawak dan Sabah.
Malah ia diteruskan pemimpin HARAPAN walaupun kerajaan yang memerintah mandat rakyat digulingkan melalui "langkah Sheraton"
“Usaha itu diteruskan dalam Memorandum Kerjasama (MoU) antara HARAPAN dan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada 13 September lalu yang meletakkan salah satu fokus kepada pindaan Perlembagaan MA63," tambahnya.
Sementara itu Abun Sui yang menyambut baik pindaan yang disokong di Dewan Rakyat pada 14 Disember lalu mengingatkan supaya pindaan itu tidak dipergunakan oleh rejim yang rakus dan korup untuk terus menekan rakyat Sarawak dan memperkayakan pemimpin elit dan kroni sebagaimana sebelum ini.
“Kuasa MA63 harus diberi kepada rakyat untuk memperkasakan komuniti akar umbi dan bukan di tangan pemimpin yang hanya menjaga kepentingan sendiri
Pindaan MA63 adalah perjuangan HARAPAN |
“Selain itu, Sarawak juga sering dibelenggu projek sakit dan terbengkalai terutamanya dalam pembinaan klinik, hospital dan sekolah. Walaupun rakyat dijanji peruntukan berbilion-bilion untuk pembangunan, namun selepas masa 10 atau 20 tahun, projek-projek tersebut terus gagal diselesaikan,” tegas beliau lagi.
0 Comments