Cadangan kerjasama dengan PN banyak implikasi - Anwar


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat gabungan itu susulan cadangan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Anwar berkata saranan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkenaan cadangan itu bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah bersifat peribadi, dan pihaknya tidak terlibat dengan idea itu.

“Itu pandangan peribadi beliau, ia belum pun diangkat...kami dalam parti tidak melontarkan idea seperti itu, kerana terlalu banyak implikasi.

“Terlalu awal dan tidak berbangkit sama sekali peringkat sekarang,” katanya Anwar ketika diminta mengulas cadangan Idris.

Media sebelum ini melaporkan, Idris mencadangkan agar HARAPAN dan PN bekerjasama pada PRU15.

Idris yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Asahan itu percaya, HARAPAN memerlukan 'wow factor' untuk memenangi PRU15.

Beliau juga percaya agak sukar untuk gabungan itu mendapatkan sokongan sekiranya gabungan itu memilih untuk bergerak sendirian tanpa kerjasama parti lain.

Cadangan itu tidak berbangkit, kata Anwar
Bagaimanapun cadangan Idris itu dilihat sukar dilaksanakan kerana bagi penyokong HARAPAN apatah lagi mereka bertanggungjawab terhadap kejatuhan kerajaan HARAPAN susulan gerakan politik dikenali sebagai 'Langkah Sheraton'.

PN bukan sahaja ditunjangi Bersatu yang dianggap mengkhianati kemenangan HARAPAN pada PRU lalu, malah kepimpinan tertinggi parti itu turut diisi bekas pemimpin KEADILAN yang berpaling tadah.

Post a Comment

0 Comments